Bisnes kurier pun terkesan?

Detik 12.00 tengah malam tanggal 18 Mac 2020 merupakan satu titik perubahan yang tidak dijangka. Tarikh tersebut adalah bermulanya penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama di negara kita.

 

Orang awam tidak dibenarkan keluar dari kediaman masing-masing untuk menjalankan urusan kecuali mereka yang terlibat dengan sektor yang dikategorikan sebagai ‘essential’.

 

Dari sini, era digitalisasi mula menguasai segala urusan di seluruh pelosok dunia. Jika dahulu, anak-anak perlu ke sekolah untuk menimba ilmu. Kini, mereka boleh menghadiri sesi pembelajaran secara online sahaja dari rumah tanpa terikat dengan disiplin yang ketat.

 

Dunia perniagaan juga tidak terkecuali terkena tempias ini. Jika dahulu hanya generasi muda sahaja yang melayari laman web Shopee dan Lazada. Kini hampir semua lapisan umur melayari web ini bagi segala jenis urusan jual beli.

 

Lebih mengejutkan, hangat diperkatakan baru-baru ini, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun menjual lampu di Shopee untuk menampung kos pembelian telefon bimbit bagi pembelajaran dalam talian beliau.

 

Menurut survei yang dilakukan oleh Juwai IQ yang dikeluarkan dalam Harian Metro edisi 8 Jun 2021, Lazada mencatatkan peningkatan jumlah peniaga baru sebanyak 300 peratus. Bank Negara Malaysia pula melaporkan jualan dalam talian meningkat sebanyak dua kali ganda ketika pandemik melanda.

 

Sektor perusahaan yang sangat berkait rapat dengan jualan dalam talian adalah perniagaan kurier. Semakin pesat aktiviti jualan dalam talian, semakin bercambah sektor kurier.

 

Dilaporkan pada Februari 2021, Pos Malaysia menerima sebanyak 800,000 bungkusan setiap hari pada waktu puncak. Rentetan itu, sebanyak 1,400 peluang pekerjaan baru telah disediakan oleh Pos Malaysia secara kontrak.

 

Berikutan peningkatan penghantaran bungkusan yang mendadak, persaingan kalangan syarikat kurier juga semakin sengit. Masing-masing mula berperang menawarkan harga perkhidmatan yang paling rendah.

 

Akibatnya, syarikat kurier besar yang mempunyai kos operasi tinggi tidak mampu menyaingi syarikat kurier kecil yang beroperasi pada kadar minima.

 

Sehubungan itu, pada 12 Ogos 2021 baru-baru ini, Pos Malaysia terpaksa mengambil langkah drastik untuk menurunkan kos operasi dengan menamatkan kontrak penghantar pos di Lembah Klang yang melibatkan seramai 262 ejen.

 

Menurut Presiden Persatuan Syarikat-syarikat Penghantaran Ekspres Malaysia (AMEC), Teong Teck Lean, lambakan perkhidmatan kurier semakin kuat dirasai. Katanya, terdapat syarikat penghantaran batuan terakhir melalui e-dagang yang menawarkan penghantaran percuma dan sekali gus mengganggu perniagaan syarikat kurier.

 

Beliau turut menyatakan rasa kecewa terhadap pihak yang memanipulasi situasi lambakan syarikat kurier supaya menawarkan harga yang rendah. Implikasi harga yang rendah akan menyebabkan kualiti servis menurun serta kebajikan pekerja terutamanya penggajian yang tidak memuaskan.

 

Justeru, beliau mencadangkan supaya kerajaan menyediakan satu rangka kerja bagi menentukan harga asas dan siling untuk sektor penghantaran bungkusan.

 

Jika ini berterusan berlaku, syarikat kurier yang terjejas tidak akan mampu melabur dalam teknologi baru bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti.

 

Muhannad Jamil
Perunding Takaful
Aktivis IKRAM Negeri Sembilan

Kredit foto: Kosmo

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia