Krisis Syria: Dunia Harus Bertindak

Menurut pentadbiran Obama, hasil maklumat perisikan yang boleh dipercayai mendakwa rejim Bashar melancarkan serangan kimia yang meragut 1,429 nyawa termasuk sekurang-kurangnya 426 kanak-kanak.

Namun, fakta yang lebih menyayat hati adalah lebih daripada 100,000 orang telah terkorban sejak konflik di Syria meletus pada Mac 2011 dan kira-kira dua juta rakyat negara itu menjadi pelarian.

Hakikatnya, sebarang tindakan pada ketika ini boleh dianggap terlambat kerana tragedi ini telah meragut nyawa ratusan ribu manusia yang tidak bersalah sepanjang 30 bulan konflik ini berlaku tanpa sebarang tindakan tegas masyarakat dunia.

Amerika tidak seharusnya hanya mendapat kelulusan Kongres dalam bertindak tetapi perlu mendapat Kelulusan Majlis Keselamatan PBB dalam melaksanakan misi keamanan. Tujuan kehadiran negara luar seperti Amerika adalah bukan untuk melancarkan peperangan baru tetapi bagi menghantar tentera pengaman untuk membendung pembunuhan yang berlaku disana.

Gabungan merasa prihatin terhadap perkembangan terkini di perairan Mediterranean yang mula menerima kehadiran Armada ke-6 Amerika yang menempatkan kapal perang USS Mahan bersama tiga lagi kapal pemusnah iaitu USS Gravely, USS Barry dan USS Ramage yang memiliki peluru berpandu Tomahawk serta armada daripada Russia seperti “Destroyer” Admiral Panteleyev, kapal perang Nikolai Filchenkov, sebuah kapal pengangkut pesawat Novocherkassk dan Minsk, dan kapal membawa peluru berpandu Moskva. Ini menunjukkan konflik di Syria bakal mencetuskan peperangan yang lebih besar sekiranya tidak ditangani dengan baik dan secara diplomasi.

Gabungan juga mengkritik Russia yang telah lebih awal mengkhianati persetujuan dunia untuk tidak membekalkan senjata berat seperti peluru berpandu S-300 kepada rejim Bashar Assad.

Selain itu, kehadiran tentera asing daripada Iran dan Hezbolla bagi membantu mempertahankan rejim adalah satu pencerobohan terhadap kedaulatan negara Syria secara terang-terangan pada 21 Mei lalu.

Justeru, serangan Amerika terhadap Syria tanpa mendapat kelulusan Resolusi PBB adalah tidak wajar. Prinsip ini harus dipegang oleh semua pihak dalam menyelesaikan konflik di Syria secara menyeluruh dan bersepadu.

Oleh yang demikian Gabungan Selamatkan Syria menggesa;

1. Amerika tidak campurtangan isu di Syria tanpa persetujuan Majlis Keselamatan PBB. Sebarang tindakan tentera oleh Amerika dan Barat ke atas rejim Syria tanpa sokongan Majlis Keselamatan PBB akan dianggap sebagai pencerobohan.

2. Negara Islam seperti Turki, Arab Saudi dan Malaysia mengambil peranan yang lebih ke hadapan dapat menyelesaikan isu Syria bagi memastikan kuasa besar seperti Amerika dan Russia terutamanya, tidak mencampuri urusan negara Islam demi kepentingan ummah sejagat.

3. OIC dan Liga Arab wajar bersidang dan terlibat secara langsung menghentikan pembunuhan di Syria dengan menghantar tentera pengaman yang boleh menghentikan pembunuhan yang sedang berlaku.

4. Bashar Assad ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan jenayah perang dan membunuh rakyat sebagaimana bekas Presiden Yugoslavia, Slobodan Milosevic yang dibicarakan atas tuduhan jenayah perang.

Naim Jusri
Pengerusi
Gabungan Selamatkan Syria (GSS)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia