Krisis Syria: Dunia Harus Bertindak

KENYATAAN MEDIA

GABUNGAN SELAMATKAN SYRIA

11 September 2013 / 5 Zulkaedah 1434H

KRISIS SYRIA, DUNIA HARUS BERTINDAK

Krisis di Syria semakin meruncing apabila Amerika sedang mempertimbangkan penggunaan kuasa ketenteraan terhadap Syria yang didakwa menggunakan senjata kimia dalam serangan pada 21 Ogos lalu. Isu ini telah menimbulkan perbincangan dan bantahan di seluruh dunia terhadap tindakan ketenteraan yang akan diambil oleh Amerika.