Krisis Kemanusiaan Gaza Menyingkap Kesedaran Global

Di sebalik lanskap geopolitik yang sentiasa berubah, konflik Gaza telah muncul sebagai pencetus perubahan yang membangkitkan gelombang kesedaran dan aktivisme global yang belum pernah disaksikan sebelumnya.

Dr. Anas al-Tikriti, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Cordoba UK, dalam syarahan beliau yang bertajuk “A New World Order in the Making” di IAIS Malaysia baru-baru ini telah menyingkap lapisan-lapisan pengajaran dan bayangan masa hadapan di sebalik tragedi kemanusiaan ini.

Membongkar kepura-puraan pemimpin global

Menurut Anas, konflik Gaza telah menjadi cermin yang memantulkan realiti pahit sistem yang dipakai guna kini. “Prinsip-prinsip demokrasi, liberalisme dan hak asasi manusia yang sering dilaung-laungkan hanyalah suatu penipuan semata-mata,” ujarnya.

Kenyataan ini bukan sekadar kritikan, tetapi satu pembongkaran menyeluruh terhadap naratif yang telah lama dipegang oleh masyarakat antarabangsa.

Krisis kemanusiaan di Gaza telah mendedahkan jurang yang ketara antara retorik dan realiti di arena antarabangsa. Anas menghujahkan bahawa krisis berlanjutan ini telah membuka mata dunia terhadap sikap “double standard” yang diamalkan kuasa Barat dalam isu-isu berkaitan hak asasi manusia dan prinsip-prinsip demokrasi.

Selama ini, kepura-puraan ini tersembunyi di sebalik tirai diplomasi dan politik antarabangsa tetapi kini terdedah dengan jelas di hadapan mata dunia.

Kebangkitan kesedaran kolektif

Apa yang lebih mengejutkan daripada konflik itu sendiri adalah tindak balas masyarakat antarabangsa terhadap isu Gaza. Anas menjelaskan, “Tiba-tiba orang mula bertanya soalan-soalan yang tidak pernah terfikir untuk ditanya sebelum ini.”

Fenomena ini bukan sekadar melibatkan komuniti Islam atau mereka yang secara tradisinya prihatin terhadap isu Palestin. Sebaliknya, ia  telah meresap jauh ke dalam kesedaran penduduk bukan Islam di negara-negara Barat, mencetuskan gelombang aktivisme yang merentasi sempadan agama, budaya dan geografi.

Peningkatan aktivisme pro-Palestin terutamanya dalam kalangan belia menunjukkan tindak balas yang semakin meningkat untuk mencabar naratif dan struktur kuasa yang telah lama wujud.

Anas menekankan bahawa kesedaran baru ini bukan sekadar tentang simpati terhadap penderitaan rakyat Gaza, tetapi merupakan satu peralihan paradigma dalam cara masyarakat global memahami dan bertindak balas terhadap ketidakadilan sistemik.

Paradoks kemajuan dan penderitaan

Dalam era yang dikatakan paling maju dalam sejarah manusia, Anas menyanggah, “Dunia sekarang mengalami lebih banyak peperangan, kebuluran dan kemiskinan daripada sebelumnya.” Kenyataan ini bukan sekadar statistik; ia adalah seruan untuk renungan bersama tentang makna sebenar kemajuan dan kejayaan dalam konteks global.

Jelas Anas, sistem yang telah lama diamalkan ternyata gagal menghasilkan kebahagiaan, kepuasan mahupun ketenangan jiwa yang diidamkan. Malah, yang lebih menyedihkan, ia telah mencetuskan kesengsaraan dan penderitaan yang tidak berkesudahan.

Dunia hari ini dibebani oleh kemurungan pada tahap yang belum pernah disaksikan sebelumnya, seolah-olah wabak emosi yang merebak tanpa sempadan, menyelubungi masyarakat global dalam kepayahan yang sukar diungkapkan.

Kegagalan sistem sedia ada untuk memenuhi keperluan asas manusia bukan sekadar dari segi material, tetapi juga dari aspek kesejahteraan mental dan emosi yang kini menjadi semakin ketara.

Fenomena ini bukan sahaja mencerminkan krisis dalam struktur sosial dan ekonomi, malah ia juga menandakan keperluan mendesak untuk menilai semula asas-asas yang membentuk masyarakat moden.

Kekuatan dalam penderitaan

Di tengah-tengah kegelapan konflik Gaza, muncul imej-imej yang mengusik jiwa dan mencabar persepsi. Anas mengembalikan memori imej seorang lelaki Gaza yang berdiri di atas runtuhan rumahnya sambil mendakap jasad anaknya yang terkorban, namun masih mampu mengucapkan “Alhamdulillah” dengan penuh keikhlasan.

Pemandangan ini telah mencetuskan pemikiran dan pencarian yang mendalam dalam kalangan pemerhati global. “Masyarakat mula menyedari bahawa mungkin merekalah yang selama ini tersesat, sementara lelaki ini telah menemui intipati kebenaran yang hakiki,” ujar beliau.

Fenomena ini membawa kepada pemahaman bahawa dalam menghadapi cabaran hidup yang paling getir sekalipun, kekuatan spiritual dan keyakinan kepada yang Maha Esa boleh menjadi sumber ketabahan dan ketenangan yang tiada taranya.

Anas menekankan bahawa pengajaran dari Gaza ini mencabar kita untuk menilai semula apa yang benar-benar penting dalam hidup dan bagaimana untuk mencapai ketenangan jiwa yang tulen dalam dunia yang sering kali kacau-bilau.

Ia bukan sekadar tentang ketabahan dalam menghadapi kesukaran, tetapi juga tentang menemui makna dan tujuan yang lebih tinggi dalam ujian kehidupan.

Menuju paradigma baharu

Berhadapan dengan realiti yang mencabar ini, Anas menyeru agar krisis Gaza dijadikan pemangkin untuk perubahan menyeluruh dalam menstruktur dan mentadbir masyarakat. “Inilah masa yang tepat untuk mereka bentuk semula struktur sosial dan politik agar lebih responsif terhadap keperluan dan aspirasi sejagat manusia,” tegas beliau.

Beliau berhujah bahawa kegagalan sistemik ini berpunca apabila sistem ciptaan manusia terputus daripada asas-asas spiritual atau moral. “Dunia yang kita hidup hari ini dibina di atas sistem yang tidak mempunyai hubungan dengan Pencipta,” jelas Anas.

Beliau menjelaskan bahawa terputusnya hubungan ini telah mengakibatkan kemajuan material yang tidak diterjemahkan kepada kesejahteraan manusia atau keadilan sejagat.

Anas melihat tragedi Gaza berupaya menjadi pencetus kepada transformasi positif berskala global melalui kesatuan dan tindakan bersepadu. Menurut beliau, kesedaran global yang tercetus akibat konflik Gaza boleh menjadi batu asas untuk membina aturan dunia baharu yang lebih adil dan saksama.

“Gaza telah membangunkan sesuatu sekarang, yakni membuat orang Amerika, Kanada, Britain,Perancis dan negara lain melihat kehidupan daripada kaca mata baru dan berbeza,” jelasnya.

Beliau percaya bahawa kebangkitan kesedaran ini bukan sekadar fenomena sementara. Sebaliknya, Anas melihatnya sebagai pemangkin kepada perubahan sistemik yang diperlukan untuk mewujudkan masyarakat global yang lebih empati dan inklusif.

Sekiranya perkara ini berlaku, terealisasilah visi untuk dunia menjunjung nilai-nilai kemanusiaan, keadilan dan kesamarataan untuk semua.

Basmin Maarof
Pegawai Jabatan Komunikasi Korporat
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia