KL Summit bukan alternatif OIC

“OIC merupakan badan induk yang merupakan badan yang diwakili secara rasmi oleh semua negara Islam di seluruh dunia.

“Sidang Kemuncak Kuala Lumpur dan pelbagai lagi sidang kemuncak yang lain adalah perkara-perkara yang di luar daripada cakupan OIC untuk membuat fokus kepada perkara-perkara yang tertentu,” katanya.

Jelasnya, ada seminar, perhimpunan yang di luar daripada OIC yang fokus kepada perkara-perkara tertentu dan tidak boleh ada pihak yang merasakan bahawa itu merupakan pengganti atau alternatif kepada OIC.

Beliau juga menyifatkan badan induk negara-negara Islam itu merupakan satu badan yang masih utuh dan mampan.

“Sidang Kemuncak Kuala Lumpur, pada masa depan mungkin sidang kemuncak di Nigeria atau sidang kemuncak di Kazakhstan, merupakan sidang kemuncak yang fokus kepada perkara-perkara yang lebih spesifik, yang lebih mikro.

“Dengan semangat itu, kita boleh bekerjasama antara sidang kemuncak di mana saja di dunia ini dengan OIC sebagai ibu kepada kesatuan umat Islam,” jelasnya ketika ditemu ramah IKRAMedia.

Mengenai KL Summit 2019, beliau memetik apa yang telah disebut oleh YAB Tun Dr Mahathir bahawa ia merupakan satu permulaan, ia bukan satu destinasi, yang mungkin tidak disertai oleh banyak negara.

“Tapi bagi beliau (Tun Mahathir), ini merupakan permulaan kerana mudah untuk disusun, dirancang dan direncana supaya membuat satu tapakan yang pertama untuk dapat menarik lebih banyak lagi negara-negara yang boleh bersama dengan KL Summit.

“Mudah-mudahan selepas ini, dengan blueprint yang akan kita lancarkan dan langkah-langkah kerja yang nampak jelas, dapat menarik banyak lagi negara-negara Islam bersama dalam tema yang sesuai dengan keperluan mereka,” katanya lagi.

Ujarnya, antara aspek yang diberi perhatian adalah teknologi, ketenteraan, kewangan, pendidikan dan juga keselamatan makanan (food security) yang menjadi satu perkara yang melangkaui negara.

“Banyak perkara yang nampaknya terlalu mendesak dan tidak dapat tidak, negara Islam perlu bekerjasama meliputi semua bidang keperluan masyarakat.

Bagi beliau secara peribadi, KL Summit 2019 adalah pencetus kepada kerja-kerja susulan yang lebih memantapkan antara negara-negara, atau negara dengan beberapa negara.

“Jadi, kita mengambil pendekatan fleksibel, pendekatan negara ke negara atau negara ke beberapa negara yang lain, kerana itulah semangat yang perlu dibina balik.

“Dan mudah-mudahan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 ini satu pencetus yang boleh membuka minda pemimpin-pemimpin negara Islam di seluruh dunia.”

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia