Kisah berencam 2021: Sedarkah kita?

Pelbagai peristiwa melatari perjalanan kehidupan rakyat Malaysia pada tahun 2021 ini. Boleh jadi sesetengahnya menjadi ingatan yang sangat mengesankan kepada mereka yang melaluinya.

 

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak tahun 2020 lalu, membataskan untuk bertemu ibu bapa di kampung halaman, sanak keluarga apalagi rakan taulan. Hingga ada di antara mereka kehilangan insan tersayang berikutan wabak Covid-19 yang membunuh itu.

 

Bukan itu sahaja, kerana ujian pandemik yang melanda, ramai dari kalangan rakyat Malaysia merasai peritnya kehilangan nyawa, pasangan, kerja dan sumber pendapatan. Tidak kurang juga yang mengalami tekanan emosi dan mental kerana pendemik ini.

 

Pelbagai isu yang terpaksa dihadapi rakyat, apatah lagi dalam keadaan ‘paksa rela’ duduk di rumah dan tidak boleh ke mana-mana. Ujian yang bukan sedikit perlu didepani, walaupun tiada siapa yang menghendaki.

 

Semua itu kita dapat lihat realitinya di media sosial, keluhan demi keluhan, kegusaran demi kegusaran bagaimana untuk terus melaluinya. 

 

Keperitan yang dirasai

 

Pergolakan politik negara yang tidak menentu, sedikit sebanyak memberikan tempias kepada keharmonian negara. Seakan tiada belas ihsan kepada rakyat yang tersepit dan terhimpit dengan situasi yang melanda. Dan sekali lagi dalam kurang 5 tahun, negara ini bertukar lagi kepimpinan negaranya.

 

Kerana wabak yang melanda itu juga, menyebabkan agenda-agenda yang kebiasaan yang dilakukan tidak dapat dilaksanakan berikutan beberapa faktor dan standard operating procedure (SOP) yang kadang-kadang pada sudut pelaksanaan dan penguatkuasaannya tidak adil dan membela pihak-pihak tertentu sahaja.

 

Kekecewaan rakyat terhadap tampuk pemerintahan baharu makin meruncing. Hari demi hari, rakyat seolah-olah terpaksa bangun membela nasib sendiri. Maka benarlah juga momokan “kita jaga kita “ itu. 

 

Sampai bila akan begini?

 

Isu kelaparan yang dihadapi rakyat, kesempitan hidup, pendidikan juga masalah sosial rakyat yang masih belum nampak noktahnya.

 

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang sangat mencabar bagi sebahagian guru-guru dan para pelajar, menjadikan pembelajaran agak tidak melaju. Masalah ketiadaan gajet dan kelajuan Internet menjadi faktor utama.

 

Berikutan pandemik ini juga, sangat memberi kesan kepada sistem ekonomi, kewangan, malah turut menjejaskan kesihatan mental rakyat.

 

“Seperti sewaktu PKP 1.0 terdapat banyak kes membabitkan masalah mental, kes bunuh diri juga banyak berlaku, cuma kita tidak hebohkan perkara ini,” menurut kata Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (yang kini Perdana Menteri Malaysia) pada sidang akhbar yang disiarkan media pada 22 Mei 2021 lalu.

 

Sebagaimana yang dilaporkan media pada 18 November 2020, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 266 kes bunuh diri dilapor­kan sejak 18 Mac hingga 30 Oktober lalu ketika PKP 1.0.

 

Itu adalah angka yang disiarkan. Tentunya, angka itu lebih lagi daripada apa yang didedahkan kepada rakyat dan belum lagi kita lihat data statistik terkini. Bagaimanakah kesihatan mental rakyat Malaysia kini?

 

Di manakah penyelesaiannya? Apakah tindakan atau strategi rasional yang akan dilakukan jika segala itu terjadi dan terjadi lagi? Ia seakan tiada berkesudahan walaupun tahun 2022 bakal membuka tirainya.

 

Dan kehidupan rakyat terus terumbang-ambing dek kerana rakusnya mereka yang berkuasa atau dungunya mereka yang perlu memikirkan dan merancang strategi untuk mengeluarkan rakyat dari kemelut ini.

 

Tentang Adib

 

Apa kesudahan cerita yang hangat suatu waktu dahulu itu? Lembaran ini seharusnya dibuka sentiasa, sehingga pembunuhnya dibawa ke muka pengadilan. 

 

Jangan sampai apabila bertukar kuasa pemerintahan, barulah isu ini akan dihangatkan semula.

 

Teruslah perjuangkan isu rakyat ini sebagaimana slogan Perdana Menteri Malaysia di awal memegang tampuk kuasa, ‘Keluarga Malaysia’.

 

Maka seharusnya isu itu ditangani dengan bersungguh-sungguh. Walaupun ia tidak diteruskan, suara-suara rakyat akan tetap terus memperjuangkannya.

 

Seperti yang disebut oleh Atriza Umar dalam artikelnya yang bertajuk ‘Kes Adib: Dulu berkokok, sekarang menyorok?’ yang diterbitkan di portal IKRAM pada 7 Oktober 2021 lalu;

 

“Semoga keadilan dan kebenaran akan terus diperjuangkan dan ditegakkan tanpa mengira masa dan tempat, tanpa memilih bulu dan darjat, tanpa melihat musuh atau sahabat.”

 

Tragedi yang tidak disangka

 

Jika dilihat hujung tahun 2021, tepatnya bulan Disember, diakhiri dengan ujian yang tidak berkesudahan rakyat. Banjir yang melanda di beberapa negeri, sangat meninggalkan kesan yang mendalam kepada mereka yang terlibat.

 

Segala harta benda tenggelam sekelip mata. Banjir yang melanda seakan tiada memberi isyarat kepada sesiapa. Apalagi tindakan pihak berkuasa menangani situasi yang terjadi sangatlah lembab.

 

Hakikatnya, rakyat baharu saja menarik nafas lega, menjalani kehidupan seperti biasa dan melakukan kerja-kerja untuk kelangsungan hidup setelah lama terkurung.

 

Sewajarnya pelbagai inisiatif disegerakan oleh pihak kerajaan bagi menangani pelbagai permasalahan rakyat dan bukan sebaliknya.

 

Rakyat bukanlah tidak boleh menerima takdir ujian dan musibah, rakyat cuma kesal dengan cara dan tindakan pihak berkuasa menangani tragedi banjir ini dengan cara acuh tidak acuh dan tidak bersungguh-sungguh. Sepatutnya isu perbezaan fahaman politik dan birokrasi dibuang jauh-jauh ketika berhadapan dengan bencana kemanusiaan ini.

 

Justeru, sebagai rakyat Malaysia, tentunya kita mengharapkan agar negara ini kembali ke arah yang lebih baik, tanpa Covid-19, tanpa rasuah, tanpa penunggang agama, tanpa maksiat, tanpa penindasan, tanpa pembohongan dan tanpa keburukan yang tidak diingini.

 

Dr Hamidah Mat

Artikel ini telah memenangi hadiah pertama Pertandingan Menulis Artikel sempena Bengkel Jom Menulis! pada 11 Disember 2021 anjuran Jabatan Penyiaran dan Komunikasi IKRAM.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia