KIMB tawar pelbagai produk dan perkhidmatan berlandaskan Syariah

Dalam aspek kebajikan, KIMB telah memperkenalkan Tabung Fi Sabilillah dan Kebajikan, Tabung Pendidikan bagi anak anggota yang cemerlang dan juga Tabung Khairat Kematian. Tabung Fi Sabilillah dan Kebajikan diwujudkan khusus untuk membantu aktiviti-aktiviti yang membawa manfaat kepada umat Islam atau masyarakat umum dan juga membantu anggota atau bukan anggota KIMB yang mempunyai penyakit serius, tidak berupaya atau ditimpa bencana.

Seiring dengan matlamat untuk menyediakan kemudahan perkhidmatan kewangan untuk manfaat anggotanya, KIMB mengorak langkah memperkenalkan pelbagai produk dan perkhidmatan seperti kad kredit Bank Rakyat, takaful perubatan berkelompok dan pembaharuan takaful kenderaan dan cukai jalan.

KIMB turut menjadi ejen kad kredit Bank Rakyat. Pemilik kad kredit ini tidak perlu membuat bayaran tahunan dan cukai kerajaan juga dikecualikan. Pemilik kad secara automatik mendapat takaful khairat kematian bernilai RM1,000. Setiap RM10 yang dibelanjakan menggunakan kad kredit Bank Rakyat, mereka mendapat mata ganjaran umrah atau percutian.

Kelebihan utama kad kredit ini ialah ianya menepati Syariah melalui konsep ‘tawarruq’ tiga pihak dan akan memperkukuhkan institusi kewangan gerakan koperasi. Pemilik kad kredit Bank Rakyat juga boleh membeli Tafsir Fi Zilal dengan 11 jilid yang lengkap, karangan Syed Qutb versi Bahasa Melayu (TFZ) secara ansuran atau mana-mana produk yang akan dipromosi oleh KIMB pada masa akan datang secara ansuran.

Untuk memudahkan anggota KIMB menunaikan zakat harta atau perniagaan masing-masing, KIMB telah mendapat hak lantikan sebagai wakil kutipan zakat Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs). Justeru itu anggota KIMB dan rakan-rakan anggota boleh membuat bayaran zakat melalui KIMB dan boleh mendapatkan perkhidmatan pengiraan zakat perniagaan daripada Bahagian Perkhidmatan.

Dengan matlamat untuk  menjalankan aktiviti pelaburan dalam pelbagai bidang ekonomi yang berdaya maju dan halal, KIMB juga mempunyai peruntukan sehingga RM10 juta daripada modal tabung pusingan (MTP) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk membeli aset, tanah atau untuk membiayai projek-projek ekonomi berdaya maju seperti pusat dialisis, pajak gadai Ar-Rahnu dan lain-lain.

Terbaru, KIMB kini menjadi ejen Tabung Haji Travel and Services untuk ibadah haji dan umrah. Tempahan umrah boleh dibuat melalui KIMB sekurang-kurangnya tiga minggu sebelum tarikh penerbangan mengikut tarikh-tarikh yang telah dijadualkan.

KIMB sentiasa berusaha kearah kecemerlangan dalam semua bidang yang diceburi bagi menjadi sebuah koperasi mithali dengan keanggotaan yang aktif dan modal saham yang besar. Tambahan pula, KIMB sentiasa berikhtiar untuk menyediakan kemudahan dan manfaat yang terbaik kepada semua anggota di samping mendapat keberkatan dalam pelaburan dan perniagaan yang sesuai dengan aspirasi ekonomi Islam.

Mereka yang berminat untuk menjadi ahli KIMB atau ingin mengetahui maklumat lanjut tentang KIMB, sila layari laman web www.kimb.com.my atau hubungi pejabat KIMB di talian 03-41086314, faks 03-4108 6319 atau emel di alamat: [email protected].

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia