KIMB tawar pelbagai produk dan perkhidmatan berlandaskan Syariah
Sejak ditubuhkan pada 1994, Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) sentiasa berusaha mengalakkan budaya menabung untuk kebajikan dan meningkatkan taraf sosio-ekonomi anggotanya khususnya dan umat Islam umumnya, bertepatan dengan tuntutan untuk bekerjasama dalam kebaikan dan takwa.