Kerajaan Perpaduan Pasca-PRU15: Ayuh Bina Negara

Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 .

Beliau telah berikrar untuk mempertahankan Perlembagaan yang merangkumi bahasa Melayu dan agama Islam sebagai bahasa dan agama rasmi, juga mempertahankan kedudukan Raja-raja Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu tanpa meminggirkan hak kaum lain.

Anwar turut menegaskan komitmennya untuk memerangi rasuah dan menumpukan fokus pentadbirannya kepada menangani kos sara hidup serta pengukuhan ekonomi.

Masa Yang Mencabar

Pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri berlaku pada persimpangan waktu yang mencabar dengan jangkaan krisis global ekonomi yang lebih kritikal menjelang tahun depan, impak perubahan iklim yang ketara dan ketika negara berada dalam fasa pemulihan pasca-Covid-19.

Negara juga telah melalui kemelut politik sekian lama dan kabinet kerajaan perpaduan yang baru terbentuk akan menguji kepimpinannya.

Pasca-PRU15 menyaksikan sentimen perkauman telah membangkitkan kebencian dan perpecahan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Situasi ini perlu diperbetulkan dengan membawa naratif yang menjurus kepada keharmonian serta kesejahteraan masyarakat dan negara.

Ummatan Wasata

Hakikatnya Malaysia adalah negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai etnik, budaya dan agama. Semangat perpaduan dan keharmonian harus disuburkan dan tidak boleh dibiarkan naratif yang sebaliknya. 

Kepelbagaian yang wujud dalam masyarakat seharusnya diterima dan diperkukuhkan agar menjadi kekuatan yang dapat mengikat hati rakyat dengan lebih utuh.

Masyarakat Muslim yang merupakan kelompok majoriti di negara ini seharusnya menampilkan keindahan akhlak sebagaimana yang dituntut oleh agama dengan menghayati konsep ummatan wasata (umat pertengahan).

Ia adalah umat yang berada di kelompok pertengahan, yang membawa maksud umat yang menghayati keadilan, keseimbangan, kecemerlangan dan tidak melampaui batas agama. 

Sebagai komuniti terbesar negara ini, masyarakat Muslim memainkan penting sebagai ummatan wasata bagi menangkis sentimen kebencian antara kaum dan agama dan menyebarkan mesej keharmonian.

Masyarakat harmoni yang terbentuk daripada ikatan hati rakyat pelbagai latar belakang ini akan melonjak negara ke arah yang lebih baik lagi. 

Rakyat perlu menghormati titah Raja-Raja Melayu agar menghentikan hasutan kaum dan agama di tanah air tercinta kita demi kesejahteraan bersama.

Kerajaan Perpaduan

Menjunjung perintah Yang Di-Pertuan Agong, ini adalah kali pertama Malaysia mendapat kerajaan perpaduan yang terdiri daripada pelbagai parti politik.

Pelbagai reaksi yang bangkit daripada rakyat terhadap lantikan Jemaah Menteri yang telah dibincangkan oleh setiap ketua parti kerajaan perpaduan ini. Ada yang gusar,menyokong dan tidak sedikit juga yang berasa kecewa dan mengkritik. 

Realitinya, PRU15 menyaksikan keputusan parlimen tergantung buat pertama kalinya. Oleh itu, ia memerlukan satu formula baru bagi membentuk kerajaan. Maka kerajaan perpaduan merupakan solusi terbaik dalam konteks ini. 

Pada masa yang sama, negara berhadapan dengan pelbagai masalah dan dijangka krisis ekonomi akan melanda dunia pada tahun 2023. Oleh itu, negara memerlukan kerajaan yang stabil serta mampu memberi fokus kepada penyelesaian masalah dan krisis tersebut. 

Menjadi harapan semua rakyat agar barisan kepemimpinan yang terpilih ini akan mengamalkan tata kelola yang baik serta mengutamakan agenda memperjuangkan hak rakyat dan mentadbir negara dengan berwibawa.

Sekiranya benar para pemimpin politik telus dalam memperjuangkan hak rakyat sebagaimana dicanang dalam kempen pilihan raya mereka, sewajarnya inilah masa terbaik untuk membuktikan mereka mampu bermuafakat untuk bekerjasama membangunkan negara dengan semangat kebersamaan, mengetepikan perbezaan dan menepis amalan politik permusuhan.

Pembangkang pula harus menjadi kuat sebagai alat semak dan imbang yang berwibawa agar kerajaan yang memerintah tidak tersasar daripada landasan untuk membawa Malaysia ke arah kemakmuran. 

Pentadbiran Whole of Government

Rakyat mahukan barisan kepimpinan yang dapat berfungsi secara efisien yang komited dengan menumpukan usaha kepada permasalahan masyarakat dan negara.

Kerajaan disarankan agar mengamalkan pendekatan pentadbiran secara Whole of Government iaitu tadbir urus yang menghimpunkan kerjasama secara integrasi daripada pelbagai kementerian, pentadbiran awam dan agensi awam dalam mendepani isu-isu yang timbul.

Pendekatan tadbir urus ini dapat menyelesaikan isu bekerja dalam silo (sendiri) melalui komunikasi pelbagai arah di samping meningkatkan kredibiliti dalam realiti politik kerajaan perpaduan.  

Amalan urus tadbir Whole of Government ini telah diamalkan di beberapa negara seperti Australia, England dan New Zealand. Ia telah mendorong suasana ke arah memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan meningkatkan kecekapan apabila berlaku kesatuan serta kebersamaaan sebagai budaya kerja. 

Banteras Rasuah, Perkukuh Ekonomi

Negara ini telah mengalami banyak kerosakan dan kemunduran disebabkan oleh rasuah hingga digelar sebagai negara kleptokrasi. Imej ini harus dibersihkan sehingga rasuah kelihatan jijik dan memalukan.

Pelan Antirasuah Nasional (NACP) harus diimplementasi dan dikuatkuasakan tanpa mengira lawan atau kawan. Tiada siapa yang dapat menolak bahawa rasuah telah menjejaskan ekonomi negara dengan krtikal. 

Kini rakyat Malaysia terkesan dengan kos sara hidup yang tinggi dengan harga barangan dan perkhidmatan naik mendadak. Kualiti kehidupan turut terganggu dan akan semakin meruncing sekiranya kerajaan tidak menangani situasi ini dengan baik bagi memastikan jaminan sosial. 

Kerajaan baru telah menjadikan menangani kos sara hidup sebagai prioriti utama. Ini satu permulaan yang baik dan pihak yang mempunyai cadangan bernas perlu berganding tenaga membantu usaha ini. 

Di samping itu, Malaysia mempunyai potensi untuk kembali muncul sebagai destinasi utama pelaburan asing bagi merancakkan ekonomi. 

Beri Ruang Kerajaan Baharu

Rakyat harus memberikan ruang dan peluang kepada kerajaan baharu untuk menjalankan tugasnya dalam menyelesaikan permasalahan rakyat dan memulihkan negara. Hukum alam meletakkan sebarang perubahan memerlukan masa dan usaha yang berterusan dan bertahap-tahap. 

Apa yang betul dilakukan kerajaan, perlu disokong. Apa yang salah, perlu ditegur dan dibangkang melalui saluran yang diberikan dengan penerimaan yang terbuka daripada pihak pemerintah.

Ayuh, kita bina Malaysia yang lebih baik!

Hj Badlishah Sham Baharin
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia