Kenyataan Timbalan Menteri Wanita bahaya, mudah disalah faham

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan Teratak Rahmah Wanita Islam (TERATAI) menzahirkan rasa kesal dengan kenyataan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff baru-baru ini.

 

Timbalan Menteri itu menyampaikan satu kenyataan menerusi klip video dua minit di akaun Instagram yang menyarankan suami boleh menggunakan ‘sentuhan fizikal yang lembut tetapi tegas’ untuk menegur isteri.

 

“Saranan tersebut adalah tidak sensitif dan tidak empati dengan apa yang dilalui oleh wanita yang diganasi,” selar Pengerusi TERATAI, Puan Hjh Azlina@Roszy Mohamad Ghaffar.

 

Menurutnya, ia sangat subjektif, sangat bahaya dan mudah disalahfahami.

 

“Timbalan Menteri itu seolah-olah membenarkan suami memukul isteri jika isteri melakukan kesalahan.”

 

Menyalahkan mangsa (victim-blaming), tegas Azlina, adalah alasan yang selalu diberikan oleh pendera yang menyebabkan keganasan rumah tangga masih tetap berlaku dan mangsa iaitu para isteri tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

 

Beliau turut memberikan data yang dibentangkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun pada sidang parlimen 23 September lalu.

 

“Sebanyak 9,015 kes keganasan rumah tangga direkodkan dalam kalangan masyarakat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh negara bagi tempoh Mac 2020 hingga Ogos 2021 lalu, iaitu satu peningkatan yang sangat ketara dan mendadak.”

 

Tegas Azlina, Datuk Siti Zailah perlu memperbetul dan menjelaskan kembali kenyataan yang dikeluarkan itu.

 

“Kami menyeru YB Timbalan Menteri yang sewajarnya menjaga kebajikan wanita, agar berhenti menyalahkan mangsa dan fokus kepada menangani isu keganasan rumah tangga.”

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia