Kempen ‘SayNo2Zina’: Inisiatif pencegahan yang wajar dan menyeluruh

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyokong penuh kempen ‘SayNo2Zina’ anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Usaha ini bertujuan untuk mencegah seks luar nikah khususnya dalam kalangan remaja.

Istilah zina berasal daripada bahasa Arab yang telah diterima pakai dalam bahasa Melayu, yang membawa maksud perlakuan seks luar nikah.

Meskipun usaha kempen ini berfokus kepada remaja, IKRAM melihat usaha ini sebagai salah satu langkah pencegahan yang melibatkan pelbagai pihak dalam memelihara nilai individu dan masyarakat seluruhnya.

IKRAM percaya isu ini kritikal dan boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan serta mengancam kesejahteraan sosial, jka tidak ditangani secara yang menyeluruh.

Laporan Jabatan Pendaftaran Negara menunjukkan 4,992 anak tidak sah taraf yang dilahirkan gadis bawah 18 tahun pada tahun 2017. Dijangka jumlah ini akan terus meningkat jika tidak dibendung.

IKRAM melihat kempen ‘SayNo2Zina’ ialah salah satu respons terhadap isu ini. Ia juga selari dengan dua daripada 12 ciri Negara Rahmah yang diperjuangkan oleh IKRAM iaitu:

1. Kebajikan, kesihatan dan keselamatan rakyat yang terpelihara
2. Institusi keluarga yang utuh

IKRAM sendiri telah melaksanakan kempen Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ) dan Malaysians Against Pornography (MAP) dalam usaha melahirkan remaja yang berperibadi mulia.

IKRAM memuji kepelbagaian pendekatan yang dipaparkan dalam poster LPPKN yang mengajak masyarakat menjauhi zina. Solusi yang ditawarkan adalah relevan dengan keadaan semasa, bukan bersifat konservatif dan tidak bersifat menghukum.

Islam menekankan pendekatan holistik dalam menangani isu sosial yang merangkumi aspek mendidik dan merawat rohani, jasmani, emosi dan intelek.

Pendekatan ini juga bertepatan dengan prinsip Rukun Negara yang meletakkan Kepercayaan kepada Tuhan sebagai rukun pertama, dan Kesopanan dan Kesusilaan sebagai rukun kelima.

Berdasarkan hakikat ini, IKRAM menganggap usaha LPPKN menepati tuntutan manusiawi, agama dan prinsip Rukun Negara.

IKRAM percaya gerakan kempen dan penerangan yang bersepadu dan menyeluruh meliputi aspek agama, kesihatan, pendidikan, psikologi dan undang-undang serta melibatkan semua pemegang taruh akan menghasilkan natijah yang lebih baik.

IKRAM bersedia untuk terlibat dalam sebarang usaha dan kolaborasi dengan mana-mana pihak dalam memastikan masalah ini mampu diselesaikan hingga ke akar umbi.

Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia