Kelas al-Quran dan motivasi untuk banduan wanita

Rombongan PAKSI IKRAM turut disertai lagi tiga kru produksi Astro Oasis bagi merakam salah satu program khidmat masyarakat yang dilaksanakan oleh IKRAM untuk ditayangkan dalam rancangan Amal nanti. 

Dalam kunjungan tersebut, terdapat dua slot iaitu Kelas al-Quran Teknik al-Badar oleh Puan Norlida Ismail dan slot kedua berupa perkongsian motivasi yang bertajuk “Rahmat di Sebalik Tirai Besi”  oleh Puan Faridah Maludin, Pengurus PAKSI IKRAM dan Puan Hamidah Ibrahim.

Kira-kira 40 orang banduan wanita Muslim berkumpul untuk menyertai kelas dan perkongsian di mana hampir 80% daripada mereka merupakan banduan baru.

Dalam kelas al-Quran, mereka mempelajari Teknik al-Badar melalui kaedah berselawat yang sangat mudah dengan permulaannya bersama-sama membaca selawat Badar. Menggunakan rentak selawat al-Badar, pelajar kemudiannya membaca huruf berbaris, bersambung dan seterusnya ayat al-Quran. Tiga buah buku telah diberikan kepada pihak penjara sebagai rujukan dan alat bantu mengajar.

Sukarelawan PAKSI IKRAM: Dari kiri Puan Hamidah Ibrahim, Puan Norlida Ismail dan Puan Faridah Maludin

Perkongsian “Rahmat di Sebalik Tirai Besi” pula dimulakan dengan pengertian rahmat dalam al-Quran dan Hadis di mana rahmat Allah sangat luas meliputi semua makhlukNya walaupun di mana kita berada walaupun di sebalik tirai besi.

Tanpa rahmat Allah, walau banyak amal ibadah kita di dunia ini, masih belum tentu seseorang itu akan masuk syurga tetapi yakinlah “man jadda wajada”, sesiapa yang bersungguh-sungguh maka dia akan berjaya mencapai rahmatNya. Slot ini diakhiri dengan beberapa nyanyian lagu nasyid bersama-sama bagi menyuntik semangat para banduan.

Salah seorang banduan berkata, beliau sangat gembira dengan kehadiran rombongan PAKSI IKRAM dan mengharapkan sesi perkongsian ilmu agama seperti ini dapat lebih kerap dijalankan.

Terdapat juga banduan lain yang menyampaikan hasratnya untuk turut serta menyumbang sebagai sukarelawan PAKSI IKRAM dalam menyebarkan dakwah Islam apabila dibebaskan nanti.

Dalam pada itu, rancangan Amal terbitan Astro Oasis dijangka menayangkan beberapa usaha khidmat masyarakat IKRAM pada Khamis 25 Ogos 2016 jam 7.30 malam.

Telah berkunjung ke Penjara Wanita Kajang sejak tahun 2007 yang sebelumnya dikenali sebagai PAKSI-JIM, usaha PAKSI IKRAM ini adalah satu terjemahan berbentuk praktikal terhadap keprihatinan IKRAM kepada ahli masyarakat khususnya dalam hal-hal yang berkaitan dengan remaja, wanita dan keluarga.

PAKSI IKRAM mempunyai empat unit iaitu Unit Khidmat Nasihat Wanita dan Remaja, Unit Khidmat Nasihat Undang-undang Keluarga, Unit Khidmat Sokongan Pesakit Kanser (CAKNe – Cancer Associates and Kindreds Networking) dan Unit Santunan Wanita (program di penjara).

PAKSI IKRAM boleh dihubungi melalui talian 019-2060402 atau 019 -2882171, e-mel contact.paksi.ikram@gmail.com atau dengan melayari FB PAKSI IKRAM melalui pautan http://bit.ly/2b33rQt

Semoga kunjungan berkala ini memberikan manfaat, suntikan dan harapan buat banduan wanita supaya terus menerus melakukan perubahan positif terhadap diri, insya-Allah. 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia