Kelab malam dibuka kembali satu ancaman?

Kelab Malam Dibuka Kembali Satu Ancaman

Selama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan sejak negara dilanda pandemik Covid-19, kelab malam tidak dibenarkan dibuka dan ia adalah satu petanda yang baik untuk menghindarkan murka Allah SWT.

Namun, khabar baru-baru ini sebagaimana yang dikatakan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bahawa Kementerian Kesihatan menarik balik senarai aktiviti yang dilarang atau ‘negative list’ Covid-19 membuatkan umat Islam gusar.

Apa tidaknya, dengan dibuka kembali tempat-tempat sedemikian, ia tentunya mengundang gejala yang tidak sihat atau negatif kepada masyarakat di negara ini.

Bukan umat Islam sahaja, bahkan masyarakat bukan Islam juga berasa aman sepanjang tempoh PKP kerana ancaman pemabuk kepada masyarakat sangat minimum khasnya yang melibatkan pengguna jalan raya (pemandu mabuk).

Pada awal Mac lalu, rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam menarik nafas lega ketika Menteri Kesihatan itu mengumumkan:

“Meskipun negara melangkah ke Fasa Peralihan Endemik bermula 1 April ini, semua premis kelab malam masih tidak dibenarkan beroperasi,” tegas beliau.

Beliau berkata, bermula 1 April, satu jenis premis sahaja yang akan berada dalam negatif based yang tidak boleh dibuka iaitu kelab malam sebab nature kelab malam itu.

Apakah yang seorang menteri kesihatan maksudkan sebab nature kelab malam itu? Namun baru-baru ini, kenyataan seakan bertukar.

“Moga Covid-19 tidak hadir semula menjadi bala terhadap kelalaian manusia,” kata Mohd Amin Fauzi menerusi laman Facebooknya.

Di mana suara kerajaan Keluarga Malaysia?

Hakikatnya, tidak mustahil kelab-kelab malam ini terus ditutup bagi membendung perkara-perkara negatif terjadi.

Walaupun pihak kementerian akan keluarkan SOP baharu berkaitan itu, sewajarnya pemimpin kerajaan Keluarga Malaysia terutamanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersuara.

Apa yang pasti, sehingga kini hal tersebut masih belum kelihatan.

Saya membayangkan jika sebuah parti itu tidak berada dalam kerajaan ketika ini, tentunya kita dapat lihat dan dengar suara lantang mereka membantah dan menyelar isu-isu seperti ini.

Walaupun barangkali ada yang beralasan, ia adalah prosedur yang tidak dapat dielakkan, namun takkanlah tiada langsung kedengaran suara-suara mengecam atau membantah tindakan membuka semula tempat-tempat yang ‘lagha’ seperti kelab malam ini?

Abdullah Rawahah Rz menzahirkan rasanya menerusi FB dengan menyatakan:

“Dah berapa lama tiada disko, pub, tiada masalah apa-apa pun.. sudah-sudahlah undang bala wahai ulil amri (pemerintah).”

Anak Tukang Jahit pula berkata, “Takyah buka terus la KJ. Banyak mudarat daripada kebaikan.”

Allah selamatkan kita?

Sedarkah kita, Allah SWT menurunkan bencana Covid-19 ini adalah untuk selamatkan hamba-Nya daripada ‘kemaksiatan’?

Betapa kita dapat saksikan sepanjang PKP lalu, banyak makhluk alam menjadi subur dan mekar susulan pandemik Covid-19.

Ia bukan sahaja membawa norma baharu dalam kehidupan masyarakat, tetapi turut memberi ‘nafas baharu’ kepada alam sekitar, seperti yang dikatakan Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), kualiti alam sekitar khususnya udara dan air sungai bertambah baik sepanjang PKP ini diadakan.

Tidak terkecuali, Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Dr Nurul Nadrah Aqilah Tukimat berpandangan bahawa pelaksanaan PKP memberi kesan yang baik secara tidak langsung terhadap kadar pencemaran udara dan pelepasan gas rumah kaca ke sistem iklim global.

“Ia berikutan aktiviti manusia yang menyumbang kepada pembebasan karbon dioksida seperti asap kenderaan dan aktiviti perindustrian yang merupakan penyumbang karbon dioksida kedua tertinggi di Malaysia iaitu 23 peratus dapat dikawal kepada tahap minimum.”

Ini jelas terbukti melalui rekod bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang secara purata di bawah tahap sederhana iaitu kurang daripada 60, manakala di Kuantan (Pahang), Tanjung Malim (Perak), Paka (Terengganu), Alor Setar (Kedah), Kangar (Perlis) dan beberapa kawasan di Sarawak mencatatkan IPU di bawah 50 iaitu di tahap baik, sebagaimana dilaporkan pada April 2020 lalu.

“Dah elok tutup selama ni baik tutup terus je,” kata Beh Boon Seng Abdullah mengemukakan komentarnya menerusi FB.

Hentikan terus

Mengapa menteri yang terbabit sanggup membuka kembali perkara yang sudah jelas negatif itu?

Tentunya penutupan itu wajar diteruskan lagi demi menyelamatkan generasi di negara ini daripada terjebak dan bergelumang di tempat-tempat sedemikian.

Teringat saya akan kata-kata pada artikel Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Khairul Asyraf Mohd Nathir:

“Akan tiba satu zaman, manusia tidak mempedulikan hal ehwal halal dan haram sama ada dalam bentuk makanan atau minuman, harta yang diperoleh, kelakuan dan percakapan.”

Perkara ini jelas berdasarkan sabda Nabi SAW daripada Abu Hurairah RA maksudnya, “Pasti akan datang suatu zaman di mana manusia tidak lagi mempedulikan dari mana hartanya diperoleh, apakah dari jalan yang halal atau haram.” (HR Bukhari, No. 2083)

“Hadis ini mengisyaratkan akan wujud pergeseran nilai-nilai yang dipegang teguh oleh generasi awal umat Islam yang akan berusaha mencari perkara halal dan sedaya upaya menjauhi perkara yang haram,” jelasnya.

Realitinya, situasi tersebut merujuk kepada keadaan manusia akhir zaman yang lebih mementingkan sumber kewangan, kekayaan semata-mata tanpa melihat pertimbangan yang sebaik mungkin berdasarkan agama dan moral. Terdapat jenis pekerjaan dan sumber pendapatan yang haram melibatkan ramai umat Islam.

Membaca komentar rakyat di media sosial susulan pengumuman itu, Yusof Badaruddin berkata, kelab malam memang tidak selamat.

“Tutup terus la nanti mabuk langgar orang, mati katak camtu ja,” tambahnya.

Adui, pusat ‘latihan’ pemabuk dibuka semula,” kata Infinia Frenz pula.

Dalam pada itu, pelbagai teguran dan kata sinis juga sarkastik ditujukan kepada kerajaan Keluarga Malaysia hari ini.

“Inilah yang rakyat mahukan. Syukur kerajaan Melayu Islam memerintah. Terima kasih kerajaan Keluarga Malaysia,” kata Fina Nina.

Terajk Asif pula berkata, “Cantik, ini baru keluarga Malaysia, yang salah sama-sama tanggungjawab. Rakyat ada bahagian, kerajaan ada bahagian.”

Mohd Faiz Marzuki memberikan komentarnya, ramai yang mati sebelum ni sebab tidak dapat pergi cucuk.

“Diharapkan lepas ini ramai yang makin ‘sihat’ setelah dibenarkan beroperasi semula. Padu, padu.”

Sekat dengan perketatkan

Seharusnya pihak kerajaan menyekat pembukaan kelab malam dengan syarat yang ketat serta hukuman yang berat. Sebagai contoh, diharamkan untuk semua orang Islam dan tidak dibenarkan aktiviti penjualan minuman beralkohol.

Seperti kenyataan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (sebelum ini Menteri Kanan Keselamatan) pada Oktober 2020 yang mengatakan bahawa kerajaan memberi amaran kepada pengusaha bar, kelab malam dan pusat hiburan jika menyajikan minuman keras.

“Perniagaan berkenaan tergolong dalam senarai terlarang, sekali gus mereka tidak dibenarkan untuk menyajikan minuman keras. Pub, bar, kelab malam dan pusat hiburan masih tergolong dalam senarai terlarang.”

Menurutnya, mereka tidak boleh walaupun bukan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) dan PKPP (PKP Pemulihan) pun masih belum dikeluarkan premis ini daripada senarai negatif.

“Kita tidak benarkan, ada beza antara bar dengan restoran,” katanya.

Persoalannya, adakah selepas 15 Mei ia akan menjadi senarai ‘positif’ kerajaan Keluarga Malaysia?

 

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia