Kebun komuniti menuai hasil

Kebun Komuniti Batu 9 ini merupakan projek kerjasama Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Kawasan Gombak, Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 1 MPS, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Gombak Utara dan masyarakat tempatan.

“Perkarangan Dewan Orang Ramai Batu 9 dipilih sebagai lokasi kebun komuniti kerana kemudahcapaiannya pada warga Gombak Utara.

“Dengan itu, ia diharap menjadi contoh pusat aktiviti bercucuk tanam yang dapat menggalakkan aktiviti ini di sekitar Gombak Utara,” kata Setiausaha Kebun Komuniti Batu 9, Pn Noriah Idris.

Tambah beliau, projek ini juga dapat menjadi riadah dan mengeratkan warga Gombak Utara dan memacu ekonomi penduduk dengan menjadi pusat belian dan jualan hasil cucuk tanam.

Projek yang bermula pada Julai tahun lalu dimulakan dengan perkongsian teori dan praktikal tentang pertanian organik oleh konsultan penanaman organik, Hj Hud Sulaiman daripada MISA Agroecology Centre.

“Selain daripada bekerjasama bergilir untuk menyiram benih dan pokok, menyembur baja dan ubat jangkitan, kami akan bertemu seminggu sekali sama ada Sabtu atau Ahad untuk aktiviti kebun,” sambung Noriah.

Jelasnya, antara aktiviti tersebut ialah membuat campuran tanah, menyemai benih, memindahkan benih yang sudah tumbuh ke polibeg atau terus ke plot tanaman, menuai tanaman dan sebagainya.

Menariknya di kebun ini terdapat lebih kelulut yang membuat sarang.

“Encik Zainuddin Yahya, Ketua Kebun Komuniti yang berpengalaman mengusahakan ternakan kelulut telah membina beberapa rumah kelulut agar dapat meraih hasil madu kelulut di masa hadapan,” ujarnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada ADUN Gombak Setia, YB Muhammad Hilman Idham, Penasihat projek, Pn Norridah A Wahab (Ahli Majlis JKP Zon 1), Pengerusi projek, Tn Ahmad Farizal bin Manaff (Pengerusi MPKK Gombak Utara), ahli-ahli IKRAM Gombak dan para peserta yang memberikan sokongan seterusnya menjayakan projek kebun komuniti ini.

“Usaha ini akan diteruskan untuk menjadikan Kebun Komuniti Batu 9 sebagai kebun komuniti contoh yang mengutamakan penanaman organik, mengeratkan silaturahim dan menjadi pusat menjana ekonomi untuk masyarakat setempat.”

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia