Jabatan Pendidikan Masyarakat IKRAM kunjungi FINAS

PETALING JAYA – Delegasi Jabatan Pendidikan Masyarakat (JPM) Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat Pusat (JKP) Hj. Roslan Mohamad, telah mengadakan kunjungan rasmi ke Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dalam usaha menyemarakkan aktiviti Pendidikan Masyarakat, semalam.

Perbincangan berkisar kolaborasi dan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam usaha mendidik masyarakat melalui wahana media serta kandungan kreatif ini telah disambut baik oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib.

“Salah satu inisiatif pihak IKRAM kini adalah untuk menggalakkan ahli-ahli IKRAM terlibat aktif dalam pembangunan kandungan kreatif bagi memperbanyakkandungan yang membawa nilai-nilai murni dan positif,” jelas Roslan.

Dalam kesempatan itu, Hj. Roslan telah memperkenalkan IKRAM dan institusinya serta aktiviti yang diusahakan.

“Lebih menarik kita adakan MOU (memorandum of understanding) antara FINAS dengan IKRAM untuk kita adakan kerjasama yang dibincangkan ini,” ujar Datuk Azmir bagi merespons saranan usaha sama yang dicadangkan.

Ustaz Dr. Hajar Opir (JKP, Hal Ehwal Ahli Luar Negara (IMAN) dan Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari) serta kakitangan Jabatan Pendidikan Masyarakat, Sarah, Atriza, Khairul Naim dan Burhanuddin, turut bersama dalam pertemuan yang julung kalinya diadakan ini.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia