Terbentukkah negara Islam di Afghanistan?

Baru-baru ini Taliban telah memutuskan untuk tidak membenarkan wanita menghadiri kelas atau bekerja di universiti sehingga persekitaran Islam terbentuk, demikian menurut penasihat gerakannya, Muhammad Ashraf Gert.

 

“Selagi tidak ada persekitaran Islam yang nyata untuk semua orang, wanita tidak akan dibenarkan masuk ke universiti atau bekerja,” kata Muhammad Ashraf Ghirt melalui akaun rasminya di Twitter.

 

Pada Isnin, Gert telah menyatakan bahawa universiti sedang membuat rancangan untuk menerima kemasukan pelajar perempuan, tetapi ia tidak menentukan bila ia akan dilaksanakan.

 

“Kerana kekurangan jumlah pensyarah wanita, kami bercadang agar pensyarah lelaki dapat mengajar pelajar perempuan dari balik tirai di dalam kelas, dan dengan cara ini persekitaran Islam dilaksanakan untuk pendidikan pelajar perempuan.”

 

Taliban mengumumkan bahawa mereka telah memutuskan untuk melaksanakan pemisahan antara pelajar perempuan dengan lelaki di universiti-universiti Afghanistan.

 

Dalam pada itu, Pemangku Kementerian Pendidikan Tinggi Afghanistan, Abdul Baqi Haqqani ketika sidang media di Kabul mengatakan bahawa media tempatan melaporkan pemisahan gender akan dilaksanakan di universiti-universiti Afghanistan.

 

Haqqani menambah, lelaki dapat mengajar wanita jika benar-benar diperlukan tetapi perlu bersesuaian dengan syariah.

 

Selain itu, pelajar perempuan harus mengenakan niqab dan tirai diperlukan di dalam kelas sehingga pensyarah dapat mengajar pelajar di belakangnya dengan menggunakan beberapa alat seperti televisyen atau peranti moden yang lain.

 

“Kami memiliki beberapa guru wanita, kami tidak akan menghadapi masalah dalam hal ini, dan setiap usaha akan dilakukan untuk mencari guru wanita serta menyediakannya untuk mereka yang wanita,” kata Haqqani.

 

Suatu waktu dulu pada tahun 1996 dan 2001 ketika gerakan Taliban berkuasa, mereka menghalang wanita daripada mendapatkan pendidikan serta pekerjaan. Tetapi pada tahun 2001 setelah gerakan itu digulingkan, wanita dapat kembali bekerja, bersekolah dan memasuki universiti.

 

Sepertinya masa depan wanita di Afghanistan seakan suram setelah Taliban menakluki negara itu dan merebut kembali kekuasaan pada Ogos lalu.

 

Namun, kepimpinan gerakan Taliban sekarang mengatakan bahawa wanita akan memainkan peranan penting dalam masyarakat, tetapi situasi sebenar ini belum nampak pelaksanaannya.

 

Malala Yousafzai, seorang aktivis Pakistan yang memenangi Hadiah Nobel Perdamaian, pada Jumaat lalu mengatakan, pendidikan wanita sebagai ancaman terhadap ideologi ekstremis yang disebarkan oleh Taliban di Afghanistan perlu ditentang.

 

Dilarang mencukur janggut, bermain muzik

 

Dalam perkembangan lain, beberapa media Afghanistan turut melaporkan bahawa Taliban melarang kedai gunting rambut mencukur janggut dan bermain muzik.

 

Tukang gunting di Helmand, Afghanistan sekarang dilarang mencukur janggut lelaki dan bermain muzik di kedai mereka, demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Taliban di wilayah itu.

 

“Anda dimaklumkan dengan segera bahawa mulai hari ini, mencukur janggut dan bermain muzik di kedai gunting rambut serta di tempat mandi awam dilarang sama sekali,” kata pihak berkuasa tempatannya.

 

Kenyataan itu menambah, jika didapati bahawa kedai gunting rambut atau tempat mandi awam telah mencukur janggut atau memainkan muzik, ia akan ditangani sesuai dengan prinsip-prinsip syariah.

 

Peraturan yang terbaharu itu adalah dalam rangkaian larangan yang dikenakan kepada rakyat Afghanistan berdasarkan tafsiran ketat terhadap undang-undang Islam oleh Taliban.

 

AS tarik diri dari Afghanistan

 

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin mempertahankan rancangan untuk menarik diri dari Afghanistan. Beliau berkata demikian pada sesi kongres pertama pemimpin kanan tentera sejak penarikan pasukan AS dari Afghanistan.

 

“Perancangan yang mendahului pelarian dari Afghanistan dan penempatan pasukan memungkinkan pasukan Amerika untuk mencapai Kabul dengan cepat ketika pemindahan bermula,” kata Austin.

 

Beliau berkata, pada awal musim lalu, Pentagon (Kementerian Pertahanan) mula mempertimbangkan kemungkinan memindahkan pasukan tempur dan mempersiapkan perancangan.

 

“Dan pada awal Jun pula, pasukan sudah ditempatkan di daerah itu, termasuk tiga batalion ketenteraan. Kami ingin bersiap sedia,” lanjutnya.

 

Terdahulu, Austin mengakui bahawa dua hari pertama sebagai ‘pelarian’ itu agak sukar. Namun, pasukan AS berjaya memulihkan keadaan dalam tempoh 48 jam, dan memulakan usaha besar-besaran untuk memindahkan puluhan ribu warga Amerika dan Afghanistan yang terancam.

 

“Kami masih berusaha untuk mengeluarkan orang Amerika yang ingin keluar dari negara itu,” tambah Austin.

 

Walaupun begitu menurutnya, sekarang ini ia adalah tugas Jabatan Negara dan Intermigrasi  bukan lagi tentera.

 

Kerajaan Biden dikritik

 

Penggubal undang-undang AS berulang kali mengkritik pentadbiran Biden kerana menyelesaikan pemindahan tentera dan penarikan diri dari Afghanistan sementara masih ada warganegara Amerika yang ingin meninggalkan Afghanistan, selain ketidakmampuan pentadbiran Biden untuk menentukan jumlah orang Amerika yang masih berada di Afghanistan.

 

Pada Isnin lalu, seorang pegawai kanan Jabatan Negara AS mengatakan bahawa jabatan itu berusaha untuk mengeluarkan hampir 100 warganegara AS dan pemegang kad hijau dari Afghanistan, tetapi tanpa petunjuk tentang bilakah ia mungkin berlaku dan bagaimana mereka akan meninggalkan Afghanistan.

 

“Walaupun tidak ada tentera di lapangan terbang, misi ini belum selesai,” kata Setiausaha Pertahanan AS.

 

Austin juga mempertahankan keputusan tentera untuk memindahkan Pangkalan Udara Bagram ke Angkatan Pertahanan dan Keselamatan Nasional Afghanistan, langkah yang drastik itu menyaksikan pangkalan yang luas yang menjadi pusat operasi AS jatuh ke tangan Taliban.

 

“Kami memerlukan 5,000 tentera untuk mempertahankan Bagram dan akan menyumbang untuk mempertahankan kedutaan di Kabul sekitar 30 batu jauhnya, yang pada awalnya merupakan misi utama,” katanya.

 

Namun seperti yang telah dijelaskan Presiden AS, mereka tidak akan mencipta peperangan di Afghanistan tetapi berusaha mencegah keganasan.

 

Austin juga mengakui bahawa Amerika Syarikat tidak memahami masalah di Afghanistan, termasuk rasuah endemik yang telah melemahkan dan memadam bukti yang disokong oleh AS.

 

Menurutnya lagi, kejatuhan tentera Afghanistan dalam menghadapi serangan Taliban pada bulan lalu amat mengejutkan semua.

 

“Kami membantu membangunkan sebuah negara, tetapi kami tidak dapat membentuk sebuah negara,” kata Austin.

 

Jangan melakukan sewenang-wenangnya

 

Menteri pertahanan Taliban, Mullah Yaqoub memberikan peringatan tegas kepada pejuang gerakan itu mengenai salah laku yang akan merosakkan imej kumpulan itu dan menuntut disiplin yang lebih baik.

 

Dalam satu kenyataan audio pada minggu lalu, Yaqoub, anak pengasas Taliban Mullah Omar mengatakan bahawa orang jahat, orang yang korup dan orang bodoh, berusaha mencapai tujuan mereka.

 

“Cubaan untuk bergabung dengan barisan kita dan mencemarkan perjuangan ini. Pemimpin kita sewajarnya memberi perhatian khusus terhadap isu ini.”

 

Beliau mengingatkan agar pemimpin atau ahlinya agar sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan.

 

“Ini adalah pengkhianatan jihad, pengkhianatan agama kita dan juga pengkhianatan pemimpin kita. “

 

Yaqoub mengatakan semua Tentera Taliban akan disiasat dan jika mereka terlibat melakukan sewenang-wenangnya, ketua mereka tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan.

 

Yaqoub menyampaikan amaran tegas kepada unit tentera Taliban mengenai beberapa isu.

 

“Baru-baru ini beberapa orang dibunuh dengan sewenang-wenangnya di beberapa tempat. Terdapat undang-undang umum yang dilaporkan oleh kerajaan Islam bagi mereka yang menentang kami termasuk penjahat ini.”

 

Setelah undang-undang am diumumkan, seseorang tidak dibenarkan untuk memecahkannya atau membalas dendam. Sekiranya seseorang mempunyai masalah dengan orang lain, mereka boleh membawa masalah ini ke mahkamah dan mahkamah akan memutuskannya. 

 

“Bahawa pembunuhan sewenang-wenangnya bertentangan dengan dasar negara Islam dan akan sangat merugikan negara ini,” jelasnya.

 

Beliau juga mengkritik tingkah laku beberapa tentera Taliban dengan mengatakan bahawa mereka berkeliaran di kota, mengunjungi pejabat kerajaan atau melakukan perjalanan dari satu daerah ke daerah lain dengan sesukanya.

 

“Pejuang Taliban tidak berada di atas undang-undang. Kami telah menerima aduan bahawa tentera kami di beberapa kawasan tidak berkelakuan dengan cara yang sesuai dengan mujahidin. Contohnya, mereka tidak menghormati undang-undang lalu lintas dan mereka tidak menghormati orang ramai,” kata Yaqoub.

 

Selain itu, beliau meminta tenteranya untuk tidak mengambil gambar pegawai kanannya. Ia menekankan bahawa mereka harus bertindak seperti orang asing, sepertinya belum pernah melihat apa-apa sebelumnya.

 

“Kita harus sangat berhati-hati. Kita tidak ingin kehilangan apa yang diperolehi melalui banyak kesulitan ini.”

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia