IPI 2.0: Muzakarah Tambah Baik Pengurusan Pendidikan

IPI 2.0: Muzakarah Tambah Baik Pengurusan Pendidikan | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Muzakarah Pengurusan Institusi Pendidikan IKRAM (IPI) 2.0 anjuran IKRAM MUSLEH telah berlangsung dengan jayanya pada 24 September lalu.

Muzakarah sehari ini bertujuan untuk memantapkan semangat juang dan ukhuwah Islamiah dalam kalangan penggerak utama pendidikan IKRAM.

Antara objektif lain muzakarah ialah menerangkan status terkini IPI 2.0 serta mendapatkan maklum balas dan sokongan terhadap penambahbaikan dasar kawal selia serta pengoperasian IPI 2.0.

Ketua Unit Pembangunan Institusi IKRAM, Profesor Dr Omar Yaakob yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM dan Ahli Lembaga Pengarah IEDB telah menyampaikan ucaptama.

Seterusnya, perkongsian bertajuk Hala Tuju IPI 2.0 telah disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengarah IEDB, Hj Azli Mohd Nor.

Seramai 90 orang peserta mewakili sekolah-sekolah rangkaian dan rakan IKRAM MUSLEH dari seluruh negara menyertainya.

Dalam pada itu, Ketua Pengurus Operasi IEDB, Hj Tarmizi Munir turut menyampaikan mengenai penstrukturan semula organisasi IKRAM MUSLEH di bawah IPI 2.0 serta pengurusan dokumen dan sistem operasi di bawah IPI 2.0. 

Sesi muzakarah diteruskan dengan bengkel perbincangan dalam kumpulan pada sebelah petang. Pihak penganjur merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat menjayakan program ini.

Barisan Ahli Jawatankuasa Pendidikan Negeri, para jemputan khas dan alumni IKRAM MUSLEH turut menghadiri Muzakarah Pengurusan Institusi Pendidikan IKRAM (IPI) 2.0 yang berlangsung di sini pada Sabtu lalu.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia