Aktiviti Kebudayaan Perkukuh Perpaduan

Aktiviti Kebudayaan Perkukuh Perpaduan | IKRAM

Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa. Kepelbagaian kaum di negara ini mempunyai kelebihan yang boleh dinikmati bersama dengan adanya perancangan dan strategi yang tersusun. 

Perancangan secara berperingkat mestilah dirancang antara kaum dan bangsa dari semasa ke semasa dalam pembentukan negara bangsa.

Enizahura Abdul Aziz telah menegaskan: 

Perpaduan nasional harus menjadi misi penting bagi negara. Ia memerlukan kerangka bersifat komprehensif yang akan mampu menterjemahkan sebaik mungkin wajah kerencaman masyarakat majmuk Malaysia. Keadilan, penerimaan dan toleransi perlu menjadi nilai asas kepada kerangka perpaduan nasional ini.” (Berita Harian, 31 Januari 2020)

Dalam merapatkan hubungan antara kaum, program serta aktiviti kebudayaan haruslah dilaksanakan dengan melibatkan semua kaum dengan pelbagai aktiviti serta gerak kerja.

Aktiviti kebudayaan ini merangkumi persembahan budaya, pembentukan galeri serta gerai budaya dan pertandingan yang melibatkan silang budaya.

Johari Yap dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 11 Ogos 2019 menyatakan:

“Silang budaya berlaku apabila dua atau lebih individu daripada latar belakang berbeza berinteraksi.”

Beliau juga menegaskan bahawa perbezaan latar belakang ini mencakupi budaya luaran yang ketara seperti pakaian, rupa, bahasa, adat resam, makanan dan tempat tinggal.

Pihak kerajaaan bersama pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga mestilah memperkukuhkan hubungan dalam kepelbagaian kaum dengan merancang aktiviti-aktiviti secara berkala bagi manfaat bersama.

Tujuan serta objektif perancangan aktiviti dan program sebegini adalah untuk merapatkan hubungan serta membina persepsi yang positif antara kaum.

Malah, ia dapat membantu semua pihak dalam bekerjasama dan bergerak untuk membina kehidupan yang lebih bermakna di negara kita.

Enizahura dalam akhbar Berita Harian menekankan bahawa: 

“Kesepaduan dalam rakyat sebenarnya lahir daripada semangat penerimaan dan rasa hormat tinggi antara kaum dan agama. Justeru, keutamaan harus diberi kepada usaha membina sikap penerimaan diiringi nilai keluhuran budi pekerti dalam masyarakat.”

Kesatuan dan persefahaman antara kaum juga mestilah disuburkan secara berperingkat hingga terbentuknya sebuah masyarakat yang menjadi model dan contoh untuk kita semua.

Johari Yap menyebut lagi, “Apabila perbezaan budaya ini difahami ia akan melahirkan hubungan positif dan harmoni.”

Langkah-langkah pencegahan dan keprihatinan juga mestilah dilakukan dalam mengelakkan perselisihan faham, pertelingkahan dan pergaduhan antara kaum.

Pihak yang bertanggungjawab hendaklah membentuk pasukan dan jawatankuasa dalam menangani masalah dan sentimen perkauman.

Jika perkara ini diabaikan, pergaduhan dan konflik akan berterusan dan ia boleh mencetuskan api kemarahan antara kaum serta menyeret kepada masalah yang lebih besar seperti peperangan.

Mohammad Khairil Asraf menyebut bahawa:

“Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) menegaskan sentimen perkauman perlu ditangani dengan lebih efisien supaya ia tidak terus menjadi barah dalam negara ini yang masyarakatnya majmuk.” (Sinar Harian , 29 November 2022)

Harapan kami sebagai salah satu NGO, usaha dan perancangan dalam merapatkan hubungan antara kaum mestilah dirancang secara berterusan.

Usaha murni ini akan mendatangkan kesan dan impak positif dalam pembentukan sebuah ‘Masyarakat Negara Rahmah’ di negara kita ini.

Harriz Zainal Abidin
Kluster Perpaduan Nasional
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia