Implementasi Jawi wujudkan Islamofobia?

Namun yakinlah Islam tak perlukan tulisan Jawi untuk membuatkan seseorang hamba Allah itu menganutinya. Islam juga tak perlukan perdebatan yang menghiris untuk mempengaruhi orang lain menganutinya. Ia akan terzahir dengan akhlak umatnya.

 

Dalam dunia yang luas tanpa sempadan dewasa ini, Islam akan lebih mudah sampai dalam pelbagai bentuk dan menjentik hati sesiapa sahaja dengan izin Allah tanpa perlu mereka belajar tulisan Jawi. Kerana sifat Islam itu sendiri universal, dalam peliharaan Allah, maka Islam tu akan tetap terpancar kebenarannya dalam apa juga tekanan yang dihadapi.

 

Namun salahkan ketakutan yang mereka rasai itu? Apakah wajar tempelakan dilemparkan orang yang mengaku Islam dan membenarkan bahawa Rasulullah itu utusan sekalian alam dan Islam itu rahmah untuk sekalian alam? Kerana kita tidak meletakkan diri kita di ‘kasut’ mereka.

 

Apakah dengan mengakui kewujudan Islamofobia pada tulisan Jawi itu, maka Islam dilihat mengalah, ditindas? Apakah meraikan ketakutan mereka itu salah di sisi Islam?

 

“Kita harus berbincang perkara ini tidak berpaksikan agama dan bangsa. Kita mahukan yang terbaik dalam sistem pendidikan kita. Pihak kementerian telah lima kali merubah kandungan pembelajaran ini dengan mengambil kira komen-komen dan pandangan pemegang taruh sekolah kebangsaan Cina dan Tamil.

 

“Ini menunjukkan kementerian memberi ruang penambahbaikan kandungan pembelajaran Jawi yang akan diperkenalkan dalam buku teks pelajar Darjah 4 tahun hadapan.

 

“Ada perkara besar yang lebih kita perlu fokuskan seperti reformasi dalam sistem pendidikan itu sendiri. Ayuhlah kita berbincang dengan perpaduan, keharmonian dan kesepakatan,” ujar Hj Badlishah Sham Baharin, Timbalan Presiden IKRAM dalam ‘Forum Jawi: Saling Memahami’ malam tadi.

 

Apa yang berlaku dalam isu pembelajaran Jawi adalah, peranan yang diberikan oleh pihak Kementerian Pendidikan yang memberikan pilihan kepada ibu bapa dan pelajar sama ada ingin mengambil pelajaran tersebut sebagai elektif ataupun tidak. Pihak Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) bagi SJKT dan SJKC tidak berpuas hati apabila mereka tidak dilibatkan dalam keputusan membuat pilihan tersebut.

 

Meja rundingan masih terbuka menurut Dr Habibah Abdul Rahim, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Beliau mengambil positif perbincangan dalam forum tersebut yang dianjurkan oleh Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) malam tadi.

 

Forum yang diwakili oleh Dong Zong, Tamil Foundation, KLSCAH, IKRAM dan ABIM bagi beliau memberikan satu dapatan baru iaitu dalam melaksanakan apa-apa dasar, bukan sahaja mereka perlu merujuk pakar, namun mereka perlu juga melibatkan sektor ketiga seperti NGO dan pemegang taruh yang terlibat dalam dasar yang ingin dilaksanakan.

 

“Ketakutan itu wujud. Salah faham itu perlu diperbetulkan dan perlu dimaklumkan kepada mereka. Itu tugas yang perlu kita lakukan,” ujar saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz, Presiden ABIM.

 

“Kami NGO seperti ABIM dan IKRAM sedia mendengar dan menjadi pendamai. Kami gembira bekerja untuk kepentingan masyarakat,” ujar beliau ketika membuat rumusan dalam pusingan penutup dalam forum tersebut.

 

Isu Jawi menjadi overreaction kerana kekeliruan dan juga mainan media massa yang mengeluarkan pandangan-padangan tidak masak dan mempunyai unsur provokasi.

 

Semua kaum dan bangsa terkesan dan ia mewujudkan ketenangan tidak wajar. Kewujudan forum sebegini memberi ruang untuk pandangan dibentangkan dalam satu diskusi yang harmoni dan membuahkan kesan yang positif dalam meredakan ketegangan yang wujud.

 

Isu Jawi terlalu kecil berbanding dengan reformasi dalam pendidikan itu sendiri. Namun keresahan-keresahan yang ada tidak boleh diabaikan dan dibiarkan tanpa ditangani.

 

Siti Hamisah Manan

Kredit foto: Oriental Daily

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia