IMPAK optimum peranan ibubapa tingkatkan prestasi akademik anak-anak

Program ini bertujuan untuk mengoptimumkan peranan ibubapa serta meningkatkan penglibatan mereka di sekolah bagi membantu para guru meningkatkan prestasi akademik anak-anak mereka.

Dengan keutamaan kepada murid sekolah rendah yang menghadapi masalah pembelajaran dan berada di tahap pembelajaran yang lembab, konsep program IMPAK anjuran GBM dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Malaysia dan Tamil Foundation ini diambil daripada idea asal sebuah program di Amerika Syarikat yang bernama Parents Assuring Students Success (PASS).

Inisiatif IMPAK bermula selepas satu bengkel GBM mengenai “Kelas Peralihan Sekolah Menengah – Dulu, Kini dan Masa Depan” di mana salah satu kesimpulan yang dicapai dalam bengkel tersebut adalah peranan ibubapa merupakan faktor penting dalam mempengaruhi pembelajaran anak-anak mereka.

“Boleh dikatakan ibubapa memainkan peranan yang penting dan bertanggungjawab dalam proses pembelajaran anak-anak,” kata Pengerusi Jawatankuasa Keciciran Pelajar GBM, Hj Shahrul Aman Mohd Saari dalam satu sidang media GBM hari ini.

Beliau menjelaskan, walaupun kerajaan Malaysia telah memberikan 11 tahun pendidikan percuma kepada rakyat iaitu dari sekolah rendah hingga sekolah menengah, namun masalah keciciran pelajar masih merupakan masalah pendidikan yang serius dalam Malaysia.

“Menurut sebuah kajian terkini oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bertajuk Malaysia: Education for All 2015 National Review, data dari Kementerian Pendidikan Malaysia menunjukkan bahawa 0.8%, iaitu seramai 3,920 murid tidak dapat meneruskan pembelajaran ke darjah 6 pada tahun 2013.

“Selain itu, pada tahun 2013 juga sebanyak 2.9%, atau 14,396 murid yang tidak melanjutkan pengajian ke peringkat sekolah menengah,” jelasnya lagi.

Menurut Shahrul Aman, antara faktor yang menyumbang kepada masalah keciciran termasuklah kurang minat dalam pembelajaran, tidak dapat mengikuti rentak pembelajaran, suasana belajar yang kurang baik dan lain-lain.

“Tamil Foundation telah memperkenalkan program ini di Malaysia pada tahun 2010 dan menamakannya semula sebagai Ibubapa Memastikan Peningkatan Akademik Anak (IMPAK) dan dilaksanakan dalam masyarakat India,” ujar beliau.

Menurutnya lagi, sejak lima tahun lalu, Tamil Foundation telah melaksanakan program ini secara luas dan telah membantu lebih kurang 10,000 ibubapa dan mereka merancang untuk mengendalikan lebih banyak bengkel dalam tahun ini serta tahun mendatang untuk membantu lebih ramai murid kaum India.

Sejak program ini diperkenalkan di Malaysia, katanya, IMPAK terbukti berkesan dalam menggalakkan serta membantu ibubapa melibatkan diri dalam pembelajaran anak-anak dan dapat meningkatkan prestasi akademik anak-anak.

“Jawatankuasa Keciciran GBM telah merancang untuk melaksanakan program ini dengan menterjemahkannya ke Bahasa Mandarin dan Bahasa Melayu untuk ibubapa yang anaknya belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC),” ujar beliau.

Melalui penerangan cara dan teknik yang sesuai kepada ibubapa dalam bengkel IMPAK, mereka akan dapat membantu anak-anak dari segi pembelajaran di rumah, meningkatkan sahsiah anak-anak dan merapatkan hubungan antara ibubapa dan anak-anak.

“Ini akan membawa kebaikan serta manfaat kepada murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran, tahap pembelajaran yang lembap atau murid-murid yang tidak berminat dalam pembelajaran,” kata beliau.

Kurikulum bengkel ini menitikberatkan kedua-dua teori dan praktikal serta meliputi 10 modul di mana setiap minggu akan diajarkan satu modul selama 3 jam. Topik-topik bengkel termasuklah Sikap Ibubapa, Persekitaran Keluarga, Teknik Belajar, Bantuan Dalam Akademik Dan Pembelajaran, Teknik Mencatat Nota, Membantu Anak-Anak Dalam Persediaan Peperiksaan, Teknik Meningkatkan Daya Ingatan Dan Pemikiran, Teknik Membaca, Pengurusan Kewangan Dan Kesihatan Serta Nutrisi.

GBM mengalu-alukan SK dan SJKC yang berminat dengan bengkel ini untuk menghubungi Sekretariat Jawatankuasa Keciciran GBM di pejabat Sekretariat GBM di Tingkat 1 Bangunan KL & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) dengan nombor telefon 03-2272 3594 atau 017-3985 606 atau merujuk laman web www.gbm.org.my untuk mengaturkan satu sesi penerangan lanjut.

Jawatankuasa Keciciran GBM juga akan mengadakan latihan tenaga pengajar atau Training of Trainers (ToT) dan sangat mengalu-alukan para kaunselor, guru-guru yang sudah bersara atau sedang berkhidmat, guru-guru dari pusat pembelajaran serta pelajar-pelajar dari institut perguruan untuk mendaftarkan diri sebagai fasilitator sukarelawan untuk bengkel ini yang akan diadakan di KLSCAH kelak.

Mereka yang berminat menjadi fasilitator bengkel ini boleh menghubungi Sekretariat GBM untuk mendapatkan borang permohonan untuk dilengkapkan dan die-mel kepada infogpoam@gmail.com sebelum 31 Disember 2015.

Foto Sidang Media Jawatankuasa Keciciran GBM: http://on.fb.me/21dysXr

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia