IKRAM Siswa persiap ahli beri penerangan isu Mesir

IKRAM Siswa dengan tegas dan lantang mengutuk dan mengecam tindakan Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman mati terhadap 529 orang penyokong Dr Mohamed Morsi yang di antaranya ialah Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin sendiri iaitu Dr Mohammed Badi’ pada 24 Mac 2014.

IKRAM Siswa berpendapat bahawa penghakiman tersebut dengan sendirinya telah mencabar kedaulatan undang-undang (Rule of Law) yang telah diterima sebagai asas utama dalam menegakkan sistem keadilan memandangkan ianya jelas kelihatan dibuat dengan sangat tergesa-gesa tanpa melalui perbicaraan yang telus dan adil serta bermotif.Hal ini jelas terbukti apabila penghakiman dilakukan tanpa kehadiran 397 defendan dan peguam.

Institusi kehakiman yang sepatutnya menjadi pelindung utama kepada rakyat daripada sebarang kezaliman telah dikhianati dan dicabuli. Hal ini bukan sahaja merupakan penghinaan kepada mereka yang telah dihukum mati, tetapi ianya juga merupakan satu penghinaan yang jelas kepada rakyat Mesir dan dunia secara keseluruhan. Rakyat Mesir tidak seharusnya redha dengan penghinaan ini.

IKRAM Siswa mendesak supaya seluruh masyarakat dunia untuk sama-sama mengutuk dan mengecam penghakiman zalim yang telah dibuat oleh Mahkamah Mesir ini. Kerajaan Malaysia perlu terlibat memainkan peranan aktif dalam memberikan tekanan kepada Kerajaan Mesir

IKRAM Siswa juga menyeru supaya mahasiswa Malaysia untuk sama-sama turun memberikan kesedaran kepada masyarakat Malaysia tentang isu sebenar yang berlaku di Mesir. Ahli-ahli IKRAM Siswa di seluruh Cawangan di Malaysia sedang dipersiapkan untuk menjayakan agenda ini.

Marwan bin Abdullah

Presiden
IKRAM Siswa Nasional

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia