IKRAM Sertai Bengkel Memasyarakatkan Perlembagaan Persekutuan

PUTRAJAYA – Pertubuhan IKRAM Malaysia telah menyertai Bengkel Memasyarakatkan Perlembagaan Persekutuan semalam di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Bengkel ini dianjurkan oleh Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN), sebuah agensi di bawah seliaan JPNIN dan telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah JPNIN, Dato’ Che Roslan Che Daud, Ketua Pengarah JPNIN.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau menekankan kepentingan pemahaman rakyat terhadap perlembagaan negara sebagai asas kepada pembentukan masyarakat yang harmoni dan berdaya saing. 

Bengkel dimulakan dengan penerangan mengenai Modul Latihan Memasyarakatkan Perlembagaan Persekutuan oleh Prof Madya Dr Nazri Muslim, yang memberikan latar belakang kukuh bagi membantu peserta memahami kerangka perlembagaan negara serta implikasinya terhadap kehidupan seharian rakyat Malaysia. 

IKRAM telah mengambil bahagian dalam bengkel ini dengan menghantar tiga orang wakil, yang diketuai oleh Naib Presiden Prof. Dr. Hanim Salleh merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agenda Nasional IKRAM.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen IKRAM dalam menyokong usaha pemerkasaan ilmu kenegaraan dalam kalangan masyarakat, dan wakil-wakil IKRAM telah mengambil bahagian secara aktif dalam sesi perbincangan kumpulan yang turut disertai oleh pegawai-pegawai JPNIN.

Mereka telah menyumbang pelbagai pandangan serta cadangan yang membina berkaitan strategi memasyarakatkan Perlembagaan Persekutuan agar lebih dekat dan difahami oleh pelbagai lapisan masyarakat. 

Majlis telah diakhiri dengan ucapan penutup yang disampaikan oleh Pengarah IKLIN, Puan Suraya Wen, yang merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dan menegaskan pentingnya kesinambungan kerjasama antara agensi kerajaan, NGO dan institusi akademik dalam usaha mendidik masyarakat tentang perlembagaan. 

Secara keseluruhannya, penyertaan IKRAM dalam Bengkel Memasyarakatkan Perlembagaan Persekutuan ini merupakan satu langkah positif dalam usaha untuk menyumbang kepada pembangunan wacana intelektual berkaitan perlembagaan.

Diharapkan agar program sebegini dapat diteruskan dan diperluas agar manfaatnya dapat dirasai oleh lebih ramai anggota masyarakat.

 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia