IKRAM sambut baik Sukuk Prihatin, gesa kerajaan teroka sistem sedekah

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyambut baik pelancaran Sukuk Prihatin pada Selasa, 18 Ogos lalu sebagai salah satu inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

 

Dilaporkan, hasil penerbitan sukuk berlandaskan syariah itu akan digunakan untuk langkah pemulihan ekonomi negara.

 

Langganan sukuk digital pertama Malaysia bernilai RM500 juta berkenaan dilaporkan akan disalurkan ke dalam Kumpulan Wang COVID-19 yang akan membiayai program bagi golongan yang terkesan, termasuk menambah baik kesalinghubungan kepada sekolah-sekolah luar bandar, membiayai perusahaan mikro, kecil dan sederhana, dan menampung geran penyelidikan penyakit-penyakit berjangkit.

 

IKRAM mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan pihak yang berwajib untuk melaksanakan inisiatif ini dengan penuh amanah dan tanggungjawab supaya sukuk berkenaan berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan.

 

IKRAM juga menggesa agar inisiatif ini dilaksanakan dengan telus dan amalan tadbir urus yang terbaik untuk mengelakkan sebarang bentuk ketirisan dan pembaziran.

 

Dalam usaha untuk memulihkan ekonomi negara, IKRAM berpandangan, ekonomi negara memerlukan pembaharuan (reform) yang besar untuk mewujudkan pembangunan yang mampan dan lestari demi kemakmuran semua.

 

Pandemik COVID-19 memberi peluang keemasan kepada penggubal dasar negara untuk melaksanakan agenda pembaharuan yang diperlukan untuk menangani isu berkait struktur ekonomi, mendepani era gangguan (era of disruption), ekonomi gig dan Revolusi Industri 4.0.

 

Untuk menangani isu jurang pendapatan dan kemewahan yang makin meluas dan mencapai agihan kekayaan yang saksama, IKRAM berpandangan, inisiatif sedekah yang sistemik (menyeluruh) dan sistematik (teratur) perlu diwujudkan di Malaysia untuk membantu golongan yang memerlukan.

 

Amalan sedekah amat besar peranan dan keutamaannya dalam Islam. Firman Allah SWT:

 

“Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan daripada kamu sebahagian daripada kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Baqarah: 271)

 

“Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya.” (Surah al-Baqarah: 276)

 

Melalui sistem sedekah yang sistemik, sistematik dan profesional, IKRAM yakin sumber dalam negara dapat digembleng sebaiknya. Dalam hal ini, IKRAM bersedia memberikan pandangan untuk membangunkan institusi sedekah di negara ini.

Ustaz Hj Burhanuddin Lukman

Naib Presiden
merangkap
Ketua Advokasi Kemakmuran Ekonomi
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia