IKRAM, Pusat Pembangunan Ulama Mauritania meterai kerjasama kebajikan, pendidikan

Perjanjian persefahaman (MoU) telah ditandatangani oleh Presiden IKRAM, Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad dan Pengarah Markaz Takween al-Ulama, Dr Muhammad Mukhtar al-Mami semalam di Ibu Pejabat IKRAM.

“Kerjasama ini melibatkan bidang kebajikan dan pendidikan khususnya pengajian dan pelatihan tenaga pengajar ilmu-ilmu syariah dan bahasa Arab,” kata Dr Parid.

Tambah beliau, kerjasama pendidikan merangkumi kursus-kursus pengajian jangka pendek untuk guru-guru serta pembangunan guru bahasa Arab.

“Kita juga akan melaksanakan projek-projek kebajikan dan mengaktifkan penyelarasan, operasi serta sokongan dalam bidang yang memiliki kepentingan bersama.”

Delegasi Markaz Takween al-Ulama diketuai Dr Muhammad al-Mukhtar bersama Ketua Jabatan Pendidikan, Muhammad Cheikhna Sidi al-Haj, Ibrahim Muhammad Salim serta seorang ahli parlimen, usahawan dan mahasiswa.

Selain Dr Parid, IKRAM turut diwakili Ketua Pegawai Operasi, Hj Nordin Shafie, pegawai Presiden, Hj Salman Sirad dan beberapa orang staf Ibu Pejabat IKRAM.

Markaz Takween al-Ulama di Mauritania terkenal sebagai salah satu pusat pembangunan ulama yang terbesar di Afrika Barat, yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad Hasan al-Dedew, Timbalan Kesatuan Ulama Islam Sedunia.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia