Wadah remaja: IKRAMTeens Terengganu dilancarkan

Majlis pelancaran ini dihadiri lebih 200 pelajar remaja berusia 13 hingga 19 tahun sebagai mewakili remaja-remaja di Terengganu. Wakil Pengerusi Pemuda Ikram Pusat, Shahrul Aman Mohd Saari (gambar bawah kiri) telah hadir untuk merasmikan Majlis Pelancaran tersebut. Pengerusi Pemuda Ikram Terengganu, Muzahar Hitam juga turut hadir berucap di hadapan khalayak generasi pelapis harapan bangsa ini.

Kelab remaja di bawah kelolaan Pertubuhan IKRAM Malaysia ini hadir dengan misi untuk menjadi wadah untuk membentuk remaja yang menghayati Islam secara menyeluruh, memiliki ciri-ciri unggul dan berkepemimpinan tinggi melalui bimbingan yang komprehensif, kontemporari, seimbang serta berterusan serta mampu menjadi remaja yang bermanfaat kepada masyarakat dan negara.


Sesi pelancaran ini juga diserikan dengan persembahan nasyid oleh pelajar SMK Sultan Ismail (I) dan SMI Al-Amin Kemaman yang sangat bersemangat menyanyikan lagu-lagu berkisarkan perjuangan. Selain itu, Saudara Qayyim Hafidzi mengambil kesempatan membuka booth Aqsa Syarif serta memberi penerangan ringkas kepada khalayak yang hadir.

Pasca pelancaran, slot terisi dengan penyampaian motivasi santai “Indahnya Alam Remaja Jika…” daripada YM Raja Ismail Raja Shahadan (gambar atas kanan) yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Engku. Ia lebih kepada perkongsian pengalaman hidup dalam menyampaikan intipati dasar asas-asas diri seorang remaja Muslim.

Diharapkan dengan terbinanya Kelab IKRAMTeens Terengganu, akan membangkitkan generasi yang cakna bangsa dan agama serta menggalakkan aktiviti-aktiviti bernilai positif di kalangan remaja Terengganu, insya-Allah. Mana-mana pihak atau agensi turut dialu-alukan untuk bekerjasama atau menyumbang bagi program-program kelolaan IKRAMTeens akan datang.

Tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Majlis Pelancaran IKRAMTeens yang telah berusaha keras dalam menjayakan majlis ini. Semoga lebih bersemarak pembentukan remaja yang positif serta mengislah diri dan remaja yang lain di ‘bumi penyu’.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia