Ustaz Shamsul Ma’arif YDP IKRAM Selangor baru

Ustaz Shamsul Ma’arif menggantikan Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus sebagai YDP Negeri bagi sesi 2014-2016. Beliau juga adalah mantan YDP Negeri pada sesi 2010-2012 dan mantan Timbalan YDP Negeri pada sesi 2012-2014. Turut bertukar dalam pemilihan jawatan tertinggi kali ini adalah Timbalan YDP, Penolong Setiausaha dan Bendahari.


MPN IKRAM Selangor telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden IKRAM, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom (foto bawah), yang mengingatkan semula tentang Wawasan dan Misi IKRAM serta Perancangan IKRAM 2012-2015.

Beliau turut berkongsi beberapa perkembangan terbaru termasuk berkaitan Kompleks IKRAM, Kelab IKRAM Mesir, IKRAM Australia, prestasi sumbangan tetap, pembinaan Hospital Pakar An-Nur, Key Result Area (KRA), Sasaran Strategik serta beberapa pencapaian dalam KRA-KRA berkaitan serta keputusan  prestasi penilaian KPI Pusat.

Beliau turut mengingatkan beberapa ciri pemimpin, sifat dan du’at serta beberapa pesanan Imam Hassan al-Banna. Beliau mengakhiri ucapan dengan pesanan berikut:

Jangan dibiarkan ancaman kepada Suffah:

  • Syura… bila diri hilang tsiqah kepada etika bermusyawarah;
  • Ukhuwah… bila diri hilang keupayaan berkasih sayang sesama saudara sejamaah;
  • Fikrah… bila diri ketandusan sifat-sifat mahmudah yang mendokong pemikiran yang matang;
  • Finesse… bila diri hilang kehalusan budi pekerti dalam bermuayasyah dengan insan;
  • Amal Jama‘i… bila diri gagal menyantuni mereka yang dipimpin;
  • Hidayah… bila diri hilang taat kepada qiyadah dan syura harakah.


Jawatankuasa IKRAM Negeri Selangor sesi 2014-2016

YDP: Ustaz Shamsul Ma’arif Ismail

Timbalan YDP: Ir Hj Fuad Abas

Ketua Wanita: Dr Roohaida Othman

Setiausaha: Ridzuan Harun

Penolong Setiausaha: Hj Khairul Annuar Zit

Bendahari: Mohd Rosli Samid


Ahli Jawatankuasa:

1. Ustaz Hajar Opir

2. Ir Hj Wan Ahmad Nizar Zakaria

3. ‘Urwah Saari

4. Dr Mahamod Ismail

5. Hj Razali Hassan

6. Pn Hjh Pauziah Mohd Arsad

7. Dr Maznah Ahmad

Pengerusi Tetap: Dr Zulfakar Ramlee

Timb Pengerusi Tetap: Hj Fadzil Abdullah

Pemeriksa Kira-kira I: Ahmad Nizam Samsudin

Pemeriksa Kira-kira II: Mohd Harris Abu Bakar

 

Ahli Dewan Perwakilan Nasional (DPN) bagi negeri Selangor:

1.         Ustaz Abdul Muhaimin Mohammad Sahar (Kuala Selangor)

2.         Ir Hj Zairulshahfuddin Zainal Abidin (Hulu Langat)

3.         Dr Hafidzi Mohd Noor (Hulu Langat)

4.         Mohd Hasyahril Mohd Hashim (Petaling Jaya)

5.         Hj Norazmi Mat Noh (Shah Alam)

6.         Ustaz Abdul Haris Bain (Kajang)

7.         ‘Urwah Saari (Ampang Jaya)

8.         Dr Zulfakar Ramlee (Gombak)

9.         Prof Dr Mohd Ali Hassan (Sepang)

10.       Ustaz Shamsul Ma’arif Ismail (Gombak)

11.       Hj Mazmi Kamal (Kajang)

12.       Dr Mustafa Din Subari (Kuala Langat)

13.       Hj Abdul Aziz Abd Jalal (Gombak)

14.       Prof Dato’ Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan (Hulu Selangor)

15.       Hj Wan Ahmad Nizar Zakaria (Ampang Jaya)

16.       Ammar Mohd Zain (Ampang Jaya)

17.       Hj Sufyan Mohd Nor (Hulu Langat)

18.       Prof Dr Engku Rabiah Adawiah Engku Ali (Gombak)

19.       Ustaz Ahmad Fauzi Asmuin (Petaling Jaya)

20.       Prof Dr Mohd Alauddin Mohd Ali (Hulu Langat)

21.       Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor (Gombak)

22.       Ustaz Abdul Halim Abdullah (Subang Jaya)

23.       Prof Dr Awaluddin  Mohamed Shaharoun (Hulu Langat)

 

Semoga Allah memberi ganjaran kepada kepimpinan sesi sebelumnya dan memberkati barisan baru ini bersama seluruh ahli untuk membawa IKRAM Selangor ke puncak yang baru dalam usaha dakwah dan tarbiah di negeri ini, insya-Allah.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia