[24.5.2022]
Alhamdulillah syukur pada Allah, telah berlangsung majlis penyerahan sumbangan bagi penduduk sekitar Keramat Wangsa di Kelompok Pinang, Cempaka, Kemunting dan Bambu daripada PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA Kawasan Setiawangsa berjalan lancar. Sumbangan ini telah disampaikan oleh YDP IKRAM Setiawangsa, Mohd Nasri Ishak.
Sebanyak 80 bakul makanan asas telah disumbangkan kepada 4 kelompok penduduk di Keramat Wangsa. Disamping itu juga, 21 orang pelajar telah menerima sumbangan ‘voucher Back To School’.
Turut hadir Timbalan YDP IKRAM Setiawangsa, Haji Zubir Bin Mohamed, Pengerusi Persatuan Penduduk dan Ketua Kelompok iaitu En Azhar, En. Mohsin Bin Musa, En. Othman Bin Ithnin dan juga ajk-ajk penduduk yang turut sama membantu menguruskan sumbangan ini.
Majlis ilmu juga turut diadakan dengan penyampaian tazkirah oleh Ustaz Sahri, Ketua Azatizah IKRAM Setiawangsa sebagai peringatan sempena 10 akhir ramadan.
Ucapan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada semua ajk dan sukarelawan terutama ajk penduduk Kelompok Bambu yang sudi menjadi tuan rumah untuk majlis kali ini.
Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban dan memberi kecerian kepada semua penerima menjelang hari lebaran yang semakin hampir.
DAKWAH, TARBIAH DAN KEBAJIKAN