SRI Al-Amin Wilayah Persekutuan ditubuhkan secara rasmi
KUALA LUMPUR – Yang Dipertua IKRAM Wilayah Persekutuan, Prof Dr Sahrim Ahmad telah merasmikan penubuhan Sekolah Rendah Islam Al-Amin Wilayah Persekutuan (SRIAAWP) dalam Majlis Perasmian dan Hari Induksi sekolah tersebut pada Sabtu 31 Disember 2011 yang lalu. Sekolah yang terletak di Desa Setapak, Wangsa Maju ini adalah sebuah sekolah dengan usahasama antara Pusat Pendidikan Al-Amin Gombak dengan IKRAM Wilayah Persekutuan.