Smart Parenting: Ilmu keibubapaan Muslim

mahligai kasih

Program anjuran bersama Sekolah Rendah Islam Al Amin Wilayah Persekutuan (SRIAAWP), Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad (PPAAB) & Parent Teacher Support Group (PTSG) ini dihadiri oleh sekitar 270 orang ibu-bapa dari sekitar Lembah Kelang.

Dewan Menara Razak UTM City Campus dipenuhi oleh ibu bapa yang prihatin terhadap ilmu keibubapaan muslim. Ternyata pengisiannya mengandungi banyak pendedahan yang praktikal dan memberi dimensi pemikiran baru di dalam menangani anak dan keluarga. IKRAM Wilayah Persekutuan sebagai pengasas dan pengelola sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Sahibul Samahah Datuk Zulkifli Mohammad al Bakri selaku Mufti Wilayah Persekutuan kerana sudi memberi tazkirah keibubapaan dan merasmikan seminar ini. Kehadiran dua orang Yang Di Pertua dari daerah Setiawangsa dan Batu yang mengiringi SS Datuk membuktikan komitmen IKRAM untuk memastikan program ini berlangsung dengan gemilang.

Para urusetia juga ingin merakam penghargaan tidak terhingga kepada para penceramah, para peserta yang tidak berganjak sehingga slot terakhir, guru-guru kakitangan sekolah yang sangat berdedikasi, ibu-bapa PTSG, dua MC berkaliber, pegerai dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di dalam menjayakan program ini. Semoga Allah membalas dengan ganjaran kebaikan.

Kami doakan program ini akan dapat menambah dana pembangunan sekolah yang menjadi objektif utama usaha ini.

 

  Facebook IKRAM Wilayah Persekutuan

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia