Seminar Wanita dan Syariah: Anti-famili dan pro-famili

Program ini bertujuan untuk memberikan kefahaman mengenai keluarga sebagai unit asas yang paling penting dalam pembangunan ketamadunan manusia. Program Seminar Wanita dan Syariah ini merupakan kesinambungan daripada siri seminar yang dianjurkan Wanita IKRAM Negeri Selangor bagi mengajak kaum wanita terutamanya bahawa syariah itu diturunkan sebagai rahmat kepada sekian alam.

Siri seminar ini yang bermula pada tahun lepas dengan memberikan kesedaran bahawa kesejahteraan diri dan kehidupan seorang wanita itu akan terjamin dalam syariah Islam, kini diteruskan dengan memberi fokus kepada aspek kekeluargaan. Pelaksanaan program kali ini diharapkan akan dapat menyumbang kepada segala usaha yang telah dilakukan untuk mengembalikan kemurnian institusi keluarga dalam masyarakat.

Kesucian dan keutuhan institusi kekeluargaan itu harus terus menjadi fokus untuk dipertahankan oleh setiap ahli masyarakat. Sehubungan itu, kaum lelaki sebagai pemimpin keluarga diperingatkan akan tanggungjawab mereka terhadapa keluarga sebagaimana disebutkan dalam Al-Quran dalam Surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud “Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu”.

Suasana masyarakat masakini sedang menyaksikan keruntuhan peradaban manusia berpunca daripada penghakisan nilai-nilai murni dan pengabaian tanggungjawab ahli-ahli keluarga dalam unit asas masyarakat. Institusi kekeluargaan menjadi kian rapuh dan semakin hilang kepentingannya sehingga ada yang menganggap keluargalah punca penderitaan ramai manusia di dunia ini.

Dari kiri: Dr Roohaida dan Datin Paduka Che Asmah Ibrahim (Timbalan Ketua Wanita IKRAM), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj (JKP IKRAM) dan Rohaizat Ahmad (Pengarah Urusan FELCRA Training and Consultancy) dalam sidang media semasa Seminar Wanita dan Syariah di Wisma Felcra, Kuala Lumpur.

Pandangan negatif terhadap institusi kekeluargaan sudah lama menular dan berakar umbi dalam masyarakat , terutamanya di kalangan mereka yang terpaksa melalui pengalaman pedih hidup dalam penderitaan dan penganiayaan fizikal, seksual serta emosi yang dicetuskan oleh ahli keluarga sendiri.

Satu gelombang pergerakan yang menentang keluarga (anti-family movement) telah berjaya mempengaruhi penggubalan polisi di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) bermula dengan Covention on the Elimination of all Forms of Violence dan Discrimation Against Women (CEDAW).  Pada dasarnya CEDAW merupakan satu undang-undang antarabangsa yang menyentuh hak-hak wanita khususnya berkaitan penghapusan diskriminasi ke atas wanita pada dasarnya tidak bersifat anti-keluarga.

Namun, usaha melobi oleh kelompok anti-keluarga ini telah menyebabkan perubahan kepada tiga aspek iaitu meluaskan definisi ‘gender’ yang dipergunakan di UN untuk ditakrifkan sebagai satu konstruk sosial yang diberikan ruang yang luas daripada sudut penakrifan, bagi memasukkan dan mengiktiraf orientasi seksual yang lain, termasuklah golongan homoseksual dan lesbian.

Pengguguran ini dilihat sebagai satu hak asasi reproduksi wanita, maka oleh itu pengharamannya di sudut undang-undang dikira sebagai satu pencerobohan terhadap hak asasi wanita. Selanjutnya, kumpulan ini juga mengubahdefinisi ‘unit keluarga’ iaitu tidak hanya bermula dengan perkongsian seorang lelaki dan wanita yang kemudiannya menghasilkan zuriat, sebaliknya merangkumi juga keluarga golongan homoseksual dan lesbian yang tinggal bersama dan membela anak-anak.

Kecelaruan pemikiran dan pemahaman tentang unsur kemanusiaan ini telah menyumbang kepada keruntuhan sosial yang berterusan memburuk dalam masyarakat. Allah swt telah berfirman dalam Surah Ar-Rum ayat 41 yang bermaksud “Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat  dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”

Bagi menentang arus anti-famili ini, golongan pro-famili telah mengeluarkan Deklarasi Doha yang mencakupi aspek etika, agama dan budaya, maruah manusia, keluarga, perkahwinan, keibubapaan serta anak-anak. Dalam negara kita sendiri, usaha dan komitmen untuk mempertahankan institusi keluarga menjadi satu keutamaan melalui pembentukan beberapa dasar kerajaan seperti Dasar Wanita Negara dan Dasar Keluarga Negara.

Oleh itu, melalui program ini, Wanita IKRAM Negeri Selangor berhasrat untuk memberi pendedahan dan kefahaman tentang kesan undang-undang antarabangsa terhadap pembangunan wanita Islam Malaysia.

Kami harap segala usaha kita dengan semua pihak akan mencapai matlamat kita memastikan kesejahteraan kehidupan semua ahli masyarakat kita.

Semoga Allah swt memberkati usaha ini.


Prof Madya Dr Roohaida Othman

Ketua Wanita IKRAM Selangor

HP:  019-2225542

E-mel: [email protected]

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia