Johor Bahru : Seramai 20 tukang jahit sukarela Wanita Ikram Johor berkorban masa dan tenaga menyiapkan lebih 70 sehingga 100 PPE setiap hari bagi kegunaan petugas kesihatan di Hospital Kulai dan Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru. Pusat Menjahit PPE ini mula beroperasi semula pada 9 Jun 2021 hasil kerjasama antara IKRAM Johor, IKRAM Health Johor dan Yayasan Pendidikan Hidayah dengan sokongan padu dari pihak Hospital Kulai. Keperluan penggunaan PPE makin meningkat di Negeri Johor akibat peningkatan kes COVID-19 di negeri Johor.