Presiden IKRAM rasmi Pejabat IKRAM Hulu Langat

Turut hadir memeriahkan majlis ialah TYDP IKRAM Selangor, Ustaz Shamsul Ma’arif Ismail, Pengerusi KIMB, Dr. Ahmad Zainuddin Abdullah dan beberapa lagi wakil dari IKRAM Pusat, IKRAM Selangor serta ahli-ahli IKRAM Hulu Langat.

Antara tetamu jemputan yang hadir adalah Ahli Parlimen Serdang, YB Dr Ong Kian Ming, PITRAH Bangi, Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan lain-lain.

Dalam ucapan perasmian, Dr Parid meminta ahli bermuhasabah terhadap perkembangan-perkembangan yang berlaku ke atas umat Islam di seluruh dunia, terutamanya di Mesir dan Syria.

Setelah membacakan sebuah hadis tentang penyakit al-wahn, beliau telah mengatakan, “Jadilah kita umat arus yang mencorakkan dunia, bukan umat yang dibawa arus dunia.”

Beliau juga berharap pejabat baru tersebut menjadi kemudahan kepada masyarakat setempat terutamanya dan kalangan ahli IKRAM khususnya.

Sementara itu YDP IKRAM Hulu Langat, Hj Sufyan Mohd Nor berkata, jumlah keanggotaan IKRAM Hulu Langat adalah seramai 450 orang dan beliau berharap jumlah tersebut diharap dapat meningkat dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, banyak perkara dan ruang kerjasama juga diharap dapat dibuat diantara IKRAM dan masyarakat sekeliling. Tambahnya, apa yang penting usaha dakwah dapat diteruskan dalam kalangan masyarakat setempat di sini dari semasa ke semasa.

Foto 1-2: Para hadirin. Foto 3: Dari kiri Hj Sufyan, Dr Ong Kian Ming dan Prof Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha (YDP IKRAM Kajang)

YB Dr Ong pula menyokong segala usaha IKRAM dalam melaksanakan aktiviti kemasyarakatan. Beliau berkata, apa-apa pertubuhan yang boleh menambahkan ilmu terutamanya agama dan perkara-perkara yang baik tidak kira apa pun bangsa, wajar disokong.

“Apa yang penting apa yang dapat diberi kepada masyarakat di sekeliling amnya dan negara khasnya,” katanya.

Dr Ong menyatakan bahawa beliau dan isteri juga turut berpuasa pada bulan Ramadhan yang lalu. Beliau hanya terlepas lima hari ketika bertugas di Singapura hanya kerana hotel tersebut tidak menyediakan sahur.

Sumber: http://ikramhululangat.blogspot.com/2013/09/perasmian-pejabat-dan-jamuan-raya-1434h.html

Foto majlis: Perasmian Pejabat dan Jamuan Raya IKRAM HL

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia