Penghakiman Terhadap 529 Penentang Kudeta Mesir : Masih Ada Lagikah Keadilan di Mesir?

IMG 6766

Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan berita mengenai keputusan mahkamah Mesir yang menjatuhkan hukuman mati ke atas 529 orang penentang kerajaan kudeta Mesir. Ini adalah hukuman mati untuk bilangan yang paling ramai yang pernah disaksikan sejak kebelakangan ini di dunia.

Malahan terdapat beberapa fakta yang pelik tentang penghukuman yang dijatuhkan oleh para hakim. Misalannya ialah para hakim tidak memberi cukup masa kepada peguambela tertuduh untuk membentangkan kes anak guam mereka. Sedangkan tuduhan yang dikenakan kepada semua yang tertuduh ialah tuduhan yang sangat serius iaitu tuduhan membunuh seorang timbalan ketua balai polis. Maka peguambela sudah tentu telah menyediakan dokumen yang terperinci dan menyediakan barisan saksi untuk membela yang tertuduh. Tetapi, sesi perbicaraan mahkamah hanya bermula pada hari sabtu dan bersambung semula pada hari isnin iaitu hari yang diputuskan semua tertuduh dihukum mati. Keputusan diambil selepas hanya 48 jam tanpa mendengar hujah pembelaan dari peguambela. Mohamed Tosson, seorang pemimpin Ikhwan Muslimin menyifatkan hukuman ini sebagai yang paling singkat dan paling pelik dalam sejarah penghakiman di Mesir. Bagaimanakah 529 orang boleh diputuskan bertanggungjawab menyebabkan kematian seorang sahaja anggota polis?. Memang tidak masuk akal malahan boleh masuk pertandingan sketsa Raja Lawak di televisyen.

Ada lagi yang pelik. Diantara 529 tertuduh adalah 2 orang yang telah pun disahkan terkorban di medan Rabiatul Adawiyah. Maknanya mereka sudah mati sebelum dikenakan hukuman mati. 14 orang berada dalam tahanan polis ketika peristiwa pertuduhan membunuh ini berlaku. Bagaimana mungkin mereka terlibat jika berada dalam tahanan polis ketika itu?. 5 orang sudah pun tinggal diluar negara sejak 2 tahun yang lepas. Maknanya mereka tidak berada dalam negeri ketika peristiwa ini berlaku.

Tindakan mahkamah yang tergesa-gesa menjatuhkan hukuman apabila hanya bersidang dua sesi selama kurang 1 jam setiap sesi dan tanpa peluang pembelaan bagi semua tertuduh menjadikannya jelas bertentangan dengan prosedur penghakiman sekaligus mencabar kedaulatan undang-undang (Rule of Law) serta mengkhianati hak asasi manusia dan prinsip keadilan sejagat.

Ini juga mencerminkan hasrat regim kudeta Mesir untuk menghapuskan segala macam tentangan terhadap pemerintahan regim terutama dari penyokong Presiden Morsi. Ini menandakan pengunduran kembali kepada zaman kegelapan pemerintahan diktator Mesir dahulu. Regim tentera sebenarnya ingin mengekalkan kuasa politik dan ekonomi yang telah mereka pegang sejak berdekad lalu. Adakah ini juga bermakna demokrasi sudah mati di Mesir?

Kalau diperhatikan dari reaksi rakyat Mesir yang masih meneruskan demonstrasi jalanan dan juga di Insitut Pengajian Tinggi walaupun diancam dengan tindakan ganas, bermakna mereka tidak boleh menerima penghukuman yang bersifat kelakar ini dan mahukan Mesir kembali kepada amalan demokrasi yang telah menyebabkan Presiden Morsi dilantik oleh rakyat. Tindakan rakyat jelas menunjukkan bahawa mereka tidak redha dengan pencabulan hak asasi mereka iaitu  kebebasan bersuara, keadilan, pembelaan dan memilih pemimpin mereka sendiri.

Kalau diperhatikan pula dari reaksi rakyat antarabangsa, didapati mereka juga mengutuk dan mengecam tindakan mahkamah yang jelas melanggar hak asasi manusia ini. Malah, rakyat Malaysia sendiri telah membuat perhimpunan aman membantah tindakan mahkamah Mesir tersebut pada hari Jumaat 28 Mac yang lalu.

Oleh itu, tidak hairanlah apabila kumpulan peguam antarabangsa dan kumpulan hak asasi manusia seperti Amnesty International membantah dan mengecam keras keputusan tersebut kerana merupakan penghakiman yang sangat singkat dan sangat pelik. Amnesty International turut melahirkan kebimbangan bahawa mahkamah di Mesir lebih cenderung untuk mendakwa penyokong Morsi dari mengambil tindakan terhadap mereka yang telah menyebabkan pembunuhan ribuan rakyat Mesir yang membantah regim kudeta.

Berdasarkan telahan ini bermakna ruh dan semangat untuk mengembalikan demokrasi di Mesir masih utuh dan segar.  Hanya masa dan izin Allah SWT jua yang akan menentukan agar kebenaran dan keadilan tertegak dibumi anbiya’ Mesir ini.

Prof Madya Dr Badlishah Sham Baharin                                                                                                               YDP IKRAM Negeri Sembilan

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia