IIUM KUANTAN MENUJU KAMPUS HARMONI

Sekalung tahniah diucapkan kepada wakil-wakil mahasiswa yang hadir malam ini. Meluangkan masa mendengar gagasan Harmoni yang akan kita jayakan bersama.
Setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada pimpinan-pimpinan dan ahli-ahli HEALS, IPHA, SCIENCESS, juga Presiden SRC, Mohd Abdul Muhaimin Bin Zainol dan semua yang sudi hadir ke pembentangan Gagasan Kampus Harmoni tadi.
USRAH AULAD BIL 2/2015

Alhamdulillah, Usrah Aulad bagi bulan April 2015 telah berlangsung di Pantai Sepat, Kuantan dengan kehadiran 47 orang peserta berusia di antara 5 hingga 12 tahun. Cuaca yang tidak begitu panas dengan angin yang bertiup menambahkan keceriaan peserta cilik yang telah mula berkumpul sejak jam 4 petang.
Program kali ini dimulakan dengan mengambil wudhu’ dan solat Asar bersama di tepi pantai. Peserta kemudiannya diberi penerangan tentang perancangan aktiviti yang akan dilakukan sepanjang petang. Setelah dibahagikan kepada 6 kumpulan, peserta bersama naqibah masing-masing memulakan sesi Usrah.
UKHUWAH TERJALIN INDAH

Kuantan, 29 Mac – Silaturrahim dan ukhuwah tersulam indah antara akhawat daerah Kuantan dan akhawat daerah Temerloh sempena Program Jaulah Akhawat IKRAM Daerah Kuantan.
Program ini diketuai oleh Timbalan Ketua Wanita IKRAM Pahang, Pn. Julianti Kasim bersama rombongan seramai 14 orang berangkat ke Temerloh pada 28 Mac. Setibanya di Temerloh, rombongan ini disambut oleh Ketua Wanita IKRAM Temerloh, Pn. Nona.
IKRAMHEALTH PAHANG MEMBERIKAN KHIDMAT

Pekan, 11 April – Bertempat di Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Tun Abdul Razak, Pekan telah diadakan Hari Terbuka Asrama. Pelbagai acara diadakan dan IKRAMHealth Pahang telah dijemput untuk memeriahkan program tersebut.
IKRAMHealth ialah sebuah NGO dibawah Pertubuhan Ikram Malaysia yang ahlinya terdiri dari mereka yang terlibat dalam industri kesihatan. Ini termasuk Doktor Perubatan, Pergigian, Farmasi, Kejururawatan, Sokongan Perubatan dan Kesihatan, Pentadbir Hospital dan Klinik dan semua yang bekerja dibahagian industri kesihatan.
Fasa 1 Projek Kompleks Pendidikan & Komuniti IKRAM Pahang

SUMBANGAN DIPERLUKAN
Kuantan, 6 April – Memasuki bulan April, bermakna masih ada lagi berbaki 8 bulan sekurang-kurangnya Fasa 1 Projek Kompleks Pendidikan & Komuniti IKRAM Pahang disiapkan.
ANAK MUDA KELANTAN MERIAHKAN HIKAM 2015

KOTA BHARU, 25 APRIL 2015 (SABTU) – Sempena kehadiran Timbalan Presiden IKRAM Malaysia, Ustaz Hasanuddin bin Mohd Yunus di Kelantan, Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa dengan kerjasama Jawatankuasa Belia & Remaja (JKBR) Negeri Kelantan dan Pertubuhan IKRAM Daerah