MPN KELANTAN 2015 MEDAN MUHASABAH AMAL

25 April 2015, Kota Bharu – Mesyuarat Perwakilan Negeri IKRAM Kelantan berlangsung dengan kehadiran perwakilan dari 5 daerah IKRAM Kelantan. Jemputan perasmi istimewa dari, Timbalan Presiden IKRAM Malaysia, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus turut bersama berkongsi tentang profil IKRAM yang perlu difahami ke arah Malaysia Menuju Negara Rahmah. Ustaz Hasanuddin menyatakan para ahli IKRAM perlu menghayati perjuangan dengan merealisasikan susuk-susuk gagasan yang digariskan buat para ahli.
Belia bersama Presiden IKRAM

20 Mac 2015 (Jumaat) Program Ramah Mesra bersama Presiden IKRAM, Ust Dr. Parid Sheikh Ahmad dengan ahli IKRAM Negeri Terengganu. Program berlangsung di Dewan Felda Negeri Terengganu, Kuala Terengganu bermula jam 9.00 pagi dan tamat pada 12.00 tengahari. Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberi komitmen dalam program yang dianjurkan.
Khalifah muda

Program anjuran JK Belia dan Remaja Negeri Terengganu sempena cuti sekolah. Tahniah kepada semua peserta Siri Tamrin Remaja Soleh (STARS) yang telah mengikuti program ini bermula petang semalam, 19 Mac 2015. Program ini adalah siri pertama yang berjaya dikendalikan untuk tahun ini. Antara slot pengisian adalah Ana Khalifah Muda, Membawa Remaja ke Syurga dan […]
Mesyuarat Perwakilan Negeri Terengganu 2015

Alhamdulillah, Mesyuarat Perwakilan Negeri (MPN) IKRAM utk sesi 2014 – 2015 telah selamat bersidang di Yayasan Pembangunan Keluarga, Kuala Terengganu semalam,25 April 2015. Majlis telah dirasmikan oleh Ustaz Burhanuddin bin Lukman, Ahli Jawatankuasa IKRAM Pusat merangkap Ketua Sekteriat Ulama. Selaku Setiausaha IKRAM Negeri Terengganu, saya mengucapkan jazakallahu khairan Kathira kepada semua Perwakilan drp semua […]
MENYANTUNI KELUARGA MANGSA KEBAKARAN DI MOSCOW

Kuantan, 27 April – Pertubuhan Ikram Negeri Pahang sentiasa mengikuti rapat perkembangan berita mengenai mangsa kebakaran di asrama yang menempatkan pelajar perubatan Malaysia di Moscow, Rusia. Salah seorang mangsa, Rosdiana Idham Halis berasal daripada Kuantan.
Yang Di-Pertua IKRAM Negeri Pahang, Tn. Hj. Samsudin Abdullah dan Pengerusi I-Bantu Pahang, Dr. Nazli Kamarulzaman serta rombongan berkesempatan menziarahi keluarga Rosdiana di Batu 5, Jalan Gambang.
KEPERLUAN MANGSA BANJIR TERUS DISALUR

Kuala Krai, 26 April – Selepas hampir 5 bulan bulan beroperasi keadaan kawasan penempatan sementara mangsa banjir di Desa Sakinah, Kuala Krai sangat memerlukan bekalan air bersih. Sumber air bersih di Desa Sakinah diperolehi melalui mengepam air dan sumbangan air mineral dari orang ramai.
Desa Sakinah, Kuala Krai merupakan inisiatif daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia dan diselia sepenuhnya oleh I-Bantu Negeri Kelantan.