SRI al-Amin Miri Mula Beroperasi 2016

Sekolah Rendah Islam (SRI) al-Amin Miri memulakan sesi persekolahannya buat julung kalinya pada 4 Januari 2016 yang lepas. SRI al-Amin Miri merupakan institusi pendidikan sekolah rendah Islam swasta perintis di bandaraya Miri dan juga cawangan SRI al-Amin yang kedua di Sarawak selepas SRI al-Amin Kuching.
Sejumlah 13 orang murid Tahun 1 telah berdaftar pada sesi persekolahan kali ini dari pelbagai pusat pendidikan awal kanak-kanak seluruh Bandaraya Miri.
Hari pertama persekolahan bermula dengan sesi perkenalan. Pelbagai aktiviti menarik turut direka khas bertujuan untuk menimbulkan minat murid untuk hadir ke sekolah bagi menimba
Bicara IKRAM : “Cintaku Pada Nabi, Apa Buktinya?”

KUCHING – Pada 24 Disember yang lepas, Pertubuhan IKRAM Malaysia daerah Kuching menganjurkan Bicara IKRAM bertajuk “Cintaku Pada Nabi, Apa Buktinya?” bertempat di Pejabat IKRAM Negeri Sarawak.
Program yang diadakan bersempena hari Maulidurrasul ini disampaikan oleh Ustaz Salleh bin Hamdin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Umat Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Sarawak.
Katanya, “Dengan Rasulullah SAW, kita perlu ada adab. Antaranya kita perlu perbanyakkan selawat sebagai tanda kita mengingati baginda SAW.”
Wanita IKRAM Kuching Bersama Masyarakat

Masyarakat merupakan komponen penting dalam pembentukan sebuah negara. Jika masyarakat itu baik, maka baiklah sesebuah negara itu. Oleh itu, pentingnya sesebuah masyarakat dididik dengan nilai-nilai yang murni, asas agama yang kukuh serta pengetahuan yang luas.
Atas kesedaran ini Wanita IKRAM Kuching dengan kerjasama Ranting PBB Kampung Pulo Hilir dan Jawatankuasa Surau Nurul Hilal mengadakan program Wanita IKRAM bersama Masyarakat diadakan pada 20 Disember 2015 bertempat di Surau Nurul Hilal, Kampung Pulo Hilir.
Program ini disertai oleh 105 orang peserta yang terdiri daripada 53 orang peserta kanak-kanak berusia antara 7 hingga 13 tahun dan selebihnya peserta dewasa.
Kerjasama IKRAM UNIKOP Gerakkan Usrah Mahasiswa

Selasa, 22 Dis 2015 – Majlis Perasmian Usrah di Kolej UNIKOP anjuran bersama IKRAM Daerah Batu dan Kelab Rakan Surau (Karisma) Kolej UNIKOP telah disempurnakan oleh Ketua Eksekutif Kolej UNIKOP En Muhammad Islahudin Abdullah. Dalam ucapan perasmiannya, En Islahudin mengimbau kembali pengalaman beliau mengikuti usrah semasa di alam persekolahan dan natijah usrah itu dapat dirasai sehingga 20 tahun selepas itu. Beliau menyambut baik usaha ini dan mengucapkan terima kasih kepada IKRAM Daerah Batu yang sudi berkerjasama dengan Kolej UNIKOP untuk menggerakkan usrah di UNIKOP.
IKRAM Batu Terima Kunjungan UNIKOP

Isnin, 13 Dis 2015 – Hari ini pejabat IKRAM Daerah Batu menerima tetamu dari Kelab Rakan Surau UNIKOP (Karisma) pada waktu tengahari dan sebelah petang dikunjungi pula oleh bahagian HEP Kolej UNIKOP Koperasi Polis.
Kuasai Media Sosial, Perkasakan Dakwah

Sabtu, 12 Disember 2015 – Seramai enam orang delegasi IKRAM Daerah Batu telah menghadiri Seminar Media Sosial yang bertempat di Pejabat IKRAM Putrajaya. Mereka ialah Akmal Fadhil bin Ahmad Fuad yang mewakili aktiviti belia dan urusetia, Abdul Salihin dan Wan Muhammad Hidayatullah yang mewakili aktiviti remaja, Nik Aishah Nik Hitam dan Dr. Musyirah Hanan Zulkarnain yang mewakili aktiviti wanita dan Syafiq Khairuddin yang mewakili aktiviti mahasiswa.