Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

SRI al-Amin Miri Mula Beroperasi 2016

Di_SRIAAM_para_murid_dididik_dengan_adab_dan_akhlak_untuk_mereka_menjalani_kehidupan_sehari-harian.jpg

ilmu dan memperbaiki peribadi. Aktiviti tersebut berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para murid.

Murid-murid juga didedahkan dengan adab dan akhlak Islami dalam kehidupan seharian untuk mereka amalkan apabila pulang ke rumah. Antara contoh adab-adab yang telah mula diterapkan termasuklah adab dengan guru, adab berkawan, adab menuntut ilmu serta adab menjaga kebersihan. Murid-murid juga diberi galakan serta dilatih untuk solat secara berjemaah setiap hari di mana ia merupakan salah satu aspek asas Islam yang dititikberatkan dalam jadual harian mereka.

SRI al-Amin Miri yang terletak di Pujut 7 ini ialah institusi pendidikan sekolah rendah Islam yang mempunyai visi untuk melahirkan generasi Rabbani (berteraskan ketuhanan) dan holistik melalui sistem pendidikan yang seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan, berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Visi ini diterjemahkan melalui motto sekolah iaitu “Soleh Wa Musleh” yang bermaksud baik dan membaikkan. Kurikulum SRI Al-Amin Miri adalah mengikut piawaian KSSR Kementerian Pendidikan Malaysia serta piawaian kurikulum agama IKRAM-MUSLEH yang berpengalaman menubuhkan lebih daripada 41 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia sejak tiga dekad yang lalu.

Generasi pelajar hasil daripada sistem pendidikan ini terdiri daripada mereka yang telah berjaya di pelbagai institusi pengajian tinggi serta kini berkhidmat di pelbagai sektor awam dan swasta di dalam dan di luar negara.

SRI Al-Amin Miri adalah sebuah institusi yang bukan berorientasikan keuntungan dan sangat menggalakkan sokongan komuniti serta mana-mana pihak yang berminat untuk menyumbang dana, kepakaran, prasarana dan lain-lain, sesuai dengan visi dan misi sekolah. Sila lawati laman web rasmi SRI Al-Amin Miri di sri.alaminmiri.com untuk maklumat lanjut atau hubungi En Muhammad Afifi pada talian 0194379809.

Selain SRI al-Amin Miri, SRI al-Amin Kuching turut memulakan sesi persekolahannya pada 4 Januari yang lepas. Seramai 121 orang murid yang mendaftar untuk sesi persekolahan tahun ini.

Menurut bapa kepada salah seorang murid, Mohamad Fadillah ketika ditemui katanya, “Sebagai ayah kepada murid di sekolah ini, saya amat teruja melihat perkembangan yang baik dari segi bilangan murid yang bertambah setiap tahun. Kualiti pengajaran serta persekitaran juga turut meningkat. Saya percaya sekolah ini berpotensi menjadi pilihan ibu bapa sekitar bandaraya Kuching selain Sekolah Kebangsaan Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hassan dalam usaha menanamkan pemahaman dan praktikal Islam di peringkat awal kanak-kanak.”

Tambahnya lagi, “Saya mengikuti perjalanan sekolah ini daripada awal ia beroperasi, saya berpendapat sekolah ini sangat memerlukan sokongan masyarakat terutama dari segi dana agar ia dapat dibina di kawasan yang lebih selesa untuk dijadikan kompleks pendidikan dan kecemerlangan murid.”

Sekolah yang bertemakan “soleh wa musleh” yang bermaksud baik dan membaiki ini terletak di Lot 6790, Lorong Matang Jaya 4 telah beroperasi sejak tahun 2012 lagi dengan lapan orang murid. Ia didaftarkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pendidikan Swasta dan Jabatan Agama Islam Sarawak. Jika inMaklumat lanjut berkenaan SRI al-Amin Kuching boleh dirujuk terus ke sekolah atau melalui talian telefon 082646158.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia