CNYOH IKRAM Sarawak Terima Sambutan Hangat

SIBU – Sambutan ‘Chinese New Year Open House’ (CNYOH) IKRAM Sarawak diadakan pada 20 Februari 2016 yang lepas bertempat di RH Hotel, Sibu. CNYOH IKRAM Sarawak kali ini merupakan kali kedua diadakan anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Sarawak setelah julung-julung kali diadakan pada tahun 2014 yang lepas.
Seramai 120 orang hadirin yang hadir terdiri daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan agama untuk sama-sama meraikan CNYOH IKRAM Sarawak 2016 ini.
Antaranya daripada Jabatan Agama Islam (JAIS) daerah Sibu, Association of Churches in Sarawak, Sri Maha Mariammam Temple, Sibu Sikh Committee, United Chinese Association, Sibu Martial Art dan Masjid Annur. Selain itu, CNYOH ini turut dihadiri oleh beberapa keluarga berbangsa Cina yang beragama Islam dan bukan Islam serta beberapa orang pelajar UNIMAS.
BAKIM

BAKIM Badan Kebajikan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM) telah ditubuhkan pada 25 Februari 2014. Mesyuarat pertama dihadiri oleh hampir 30 orang kakitangan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah dipengerusikan oleh Ustaz Shamsul Maarif Hj Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa penaja dengan dibantu Parman Sirad selaku Timbalan Pengerusi, Hasbullah Ismail (Setiausaha), Puan Hajar Jinal (Bendahari), manakala Mohd Iqbal […]
Yuran Terbaik Dalam Pembelajaran Adalah Kegagalan – Mujahid Hasanuddin

28 Januari 2016, Khamis – Telah berlangsung program JUSTalk (Jom Usrah Talk) yang bertajuk “Berani Bisnes!” di Pusat Komuniti IKRAM Daerah Batu, anjuran JK Belia IKRAM Daerah Batu. Majlis bermula pukul 9 malam sehingga jam 10.30 malam.
Projek Bundle Amal i-Bantu Sibu

SIBU – Sumbangan berbentuk keperluan asas berbentuk makanan seperti beras, gula dan minyak disampaikan kepada beberapa buah keluarga yang menetap di kawasan Kampung Usahajaya Baru Sibu pada 23 Januari yang lepas.
Antara penerima termasuklah seorang pesakit kencing manis kronik, menghidap sakit buah pinggang serta buta sebelah mata yang hanya mampu bergantung hidup dengan isterinya.
Sumbangan ini merupakan hasil jualan baju-baju terpakai yang disumbangkan oleh penduduk sekitar Sibu melalui projek Bundle Amal i-Bantu. Projek Bundle Amal i-Bantu ini merupakan hasil inisiatif Belia Pertubuhan IKRAM Malaysia daerah Sibu.
Seminar Modul Kewangan Keluarga

Hari ini 16 Januari 2016 Sabtu bertempat di Pejabat IKRAM Terengganu, berlangsungnya seminar interaktif Modul Pengurusan Kewangan Keluarga anjuran Jawatankuasa Pemantapan Keluarga Ahli (PeKA) IKRAM Negeri Terengganu. Penceramah jemputan iaitu Tuan Haji Abas bin Sahat yang juga merupakan Bendahari IKRAM Terengganu sudi berkongsi ilmu bagaimana mengurus kewangan keluarga termasuk juga sasaran “financial freedom”. Tahniah buat […]
Daurah Tajwid Mendekatkan Para Peserta Dengan AlQuran

16 Januari 2016 – Daurah Tajwid siri pertama telah berlangsung yang mengajak para peserta untuk terus terikat dengan Al-Quran. Kesedaran untuk terus meningkatkan diri dalam penguasaan Al-Quran menjadi objektif peserta yang hadir. Seramai lebih 50 orang peserta mendapat bimbingan tentang ilmu tajwid oleh Ustaz Azizee Rohim bin Japri, Pengerusi Tarbiah IKRAM Kota Bharu. Antara […]