Daurah Tajwid Mendekatkan Para Peserta Dengan AlQuran

16 Januari 2016 –  Daurah Tajwid siri pertama telah berlangsung yang mengajak para peserta untuk terus terikat dengan Al-Quran. Kesedaran untuk terus meningkatkan diri dalam penguasaan Al-Quran menjadi objektif peserta yang hadir. Seramai lebih 50 orang peserta mendapat bimbingan tentang ilmu tajwid oleh Ustaz Azizee Rohim bin Japri, Pengerusi Tarbiah IKRAM Kota Bharu.

 

Antara yg telah dipelajari dari daurah ini diantaranya adalah 
1- Maksud tajwid
2- Keperluan mempelajari tajwid
3- Pembahagian ilmu tajwid
4. Sejarah dan Sanad bacaan AlQuran
Setelah itu, peserta berbincang dalam kumpulan tentang perlunya kita bersama Al-Quran dan bagaimana kita boleh bersama Al-Quran. Para peserta menyatakan bahawa mereka perlu terus mempelajari dan mendalami ilmu ini sehingga mereka boleh mengamalkan dan boleh menyampaikan kepada orang lain.
Pada akhir sesi pula para peserta diuji dengan soalan-soalan mengenai ilmu yang dipelajari dalam daurah pada kali ini. Hadiah yang disediakan terus memberikan motivasi kepada peserta untuk menyingkap kembali helaian nota yang ditulis dan terus menjawab soalan-soalan yang diberi.
Alhamdulillah Daurah Tajwid hari ini berlangsung dengan banyak ilmu yang dipelajari dalam suasana yang menyeronokan. Semoga semua peserta beroleh manfaat daripada daurah yang dihadiri.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia