CNYOH IKRAM Sarawak 2016 ini dirasmikan oleh Ustaz Shamsuddin, wakil daripada JAIS daerah Sibu. Dalam ucapan perasmian, beliau menekankan bahawa menjaga keharmonian dan perpaduan antara kaum adalah tanggungjawab kita bersama.
Menurut Nasyitah Abdullah @ Ting Ngiik Kiew selaku pengarah program CNYOH IKRAM Sarawak 2016 dalam ucapannya, program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan konsep kemasyarakatan Islam kepada masyarakat bukan Islam terutamanya kepada penduduk Sarawak yang berbangsa Cina berkenaan keindahan Islam sebagai satu cara hidup yang sesuai dipraktikkan oleh semua bangsa.
Selain itu, ia bertujuan untuk menyingkir salah anggap terhadap agama Islam yang selama ini digambarkan oleh media-media barat sebagai agama yang menganjur keganasan dan tiada toleransi.
Beliau turut berharap agar program ini mampu mewujudkan jaringan antara badan-badan bukan kerajaan yang terlibat dalam penganjuran majlis sambutan CNYOH IKRAM Sarawak 2016 ini.