Perutusan Hari Wilayah Persekutuan 2017
IKRAM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (IKRAM WP) mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2017 kepada semua warga Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
IKRAM WP menyambut baik inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan untuk mewujudkan wilayah mesra huni dan berharap inisiatif ini akan tercapai dan dapat dikekalkan demi mewujudkan masyarakat yang sejahtera dan harmoni.
IKRAM Sibu Bersama Masyarakat Kampung Penipah

Wanita IKRAM Sibu dengan kerjasama pasukan Klinik bergerak iMARET Sarawak dan MyCare Kawasan Sibu mengadakan program bersama masyarakat bertempat di Penipah, Daro. Program yang berlangsung pada 24 hingga 25 Disember 2016 ini dihadiri 163 orang yang terdiri daripada pelbagai latar belakang umur, termasuk dewasa, remaja dan kanak-kanak. Menurut penganjur, program ini diadakan untuk merapatkan ukhuwah […]
IKRAM Sibu, iMaret Tempuh Perjalanan 10 Jam Bertemu Masyarat Kenyah dalam Kembara Pesona Kehidupan : Peteguk Ilu Mung Ke’ Long Busang 2.0

Kembara Pesona Kehidupan : Peteguk Ilu Mung Ke’ Long Busang 2.0 diadakan pada 27 Oktober hingga 1 November 2016 bertempat di Long Busang, Belaga. Program Peteguk Ilu Mung Ke’ Long Busang 2.0 yang juga bermaksud kita sekeluarga di Long Busang 2.0 merupakan program khidmat masyarakat anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia kawasan Sibu dan iMaret. Seramai 15 […]
Wanita IKRAM Sibu anjur Mothers Against Pornography

SIBU – Wanita IKRAM kawasan Sibu mengadakan Mothers Against Pornography (MAP) pada 20 dan 22 Oktober yang lepas masing-masing bertempat di SK Nanga Bena dan SMK Semop. Mothers Against Pornography ini merupakan julung-julung kalinya diadakan di Sarawak merupakan satu gerakan yang dilaksanakan oleh Wanita IKRAM seluruh untuk membanteras pornografi dalam kalangan kanak-kanak, remaja dan belia […]
Qurban Kasih Ummah IKRAM Sarawak

Bersempena Hari Raya Aidil Adha yang lepas, Pertubuhan IKRAM Malaysia negeri Sarawak mengadakan program korban di beberapa kawasan seperti Kuching, Sibu dan Bintulu. IKRAM kawasan Kuching mengadakan Qurban Kasih Ummah bertempat di Sungai Bedaun, Santubong bersama masyarakat sekitar pada 13 September yang lepas. Selain itu, IKRAM kawasan Sibu turut tidak ketinggalan untuk melaksanakan progran ibadah […]
Bantu Pembeli Pertama Miliki Rumah
21 September 2016 – IKRAM Wilayah Persekutuan (IKRAM WP) menyambut baik gesaan The National House Buyers Association (HBA) agar pembeli rumah membuat semakan secukupnya sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah dan memastikan rumah yang dibeli adalah berdasarkan pendapatan dan kemampuan masing-masing. Gesaan ini dikemukakan lantaran cadangan Tan Sri Noh Omar (Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan) untuk memberi pemaju perumahan lesen pemberi pinjaman kewangan bagi membantu rakyat membeli rumah.