IKRAM Sibu, iMaret Tempuh Perjalanan 10 Jam Bertemu Masyarat Kenyah dalam Kembara Pesona Kehidupan : Peteguk Ilu Mung Ke’ Long Busang 2.0

Aktivis_IKRAM_dan_iMaret.jpeg

Kembara Pesona Kehidupan : Peteguk Ilu Mung Ke’ Long Busang 2.0 diadakan pada 27 Oktober hingga 1 November 2016 bertempat di Long Busang, Belaga. Program Peteguk Ilu Mung Ke’ Long Busang 2.0 yang juga bermaksud kita sekeluarga di Long Busang 2.0 merupakan program khidmat masyarakat anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia kawasan Sibu dan iMaret.

Seramai 15 orang aktivis Pertubuhan IKRAM Malaysia kawasan Sibu dan iMaret yang terlibat dalam program ini. Ia merupakan kesinambungan daripada program terdahulu yang diadakan pada 21 hingga 26 November 2015. Dengan bertemakan tarbiah menembusi tembok jarak dan agama, aktivis program ini menempuh perjalanan selama 10 jam iaitu enam jam dengan menggunakan bot ekspress dari Kapit dan empat jam menempuhi jalan darat dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda bagi bertemu dengan masyarakat Kenyah di Long Busang.

Para_peserta_menaiki_bot_ekspress_selama_6_jam.jpeg

Menurut pengarah program, Zurina Ain, pelaksanaan program pada kali ini lebih kepada untuk bersilaturrahim sambil mendidik masyarakat minoriti Kenyah Muslim di sana. Selain itu, ia juga bertujuaan untuk memberi khidmat masyarakat kepada seluruh masyarakat Kenyah di sana tanpa mengira bangsa dan agama.

Antara aktiviti menarik yang diadakan seperti Sukaneka Silang Budaya ‘Kembara Ilmu Bersama Aulad’ yang menekankan pembelajaran tidak formal melalui aktiviti yang menarik berbentuk sukaneka. Di samping itu, pemeriksaan pergigian dan demonstrasi cara menggosok gigi dengan betul turut dilaksanakan di perkampungan-perkampungan di Long Busang. Program untuk wanita dan remaja juga turut diadakan.

Sukaneka.jpeg

Majlis penutupan diadakan pada hari terakhir program, dihadiri oleh aktivis IKRAM dan iMaret dan masyarakat kampung. Dalam majlis penutupan, Nasyitah Ting, Ketua Wanita IKRAM Sibu dalam ucapannya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang terlibat dan berharap akan ada program susulan lain pada masa akan datang. Turut diadakan dalam majlis penutupan ialah penyerahan telekung kepada yang memerlukan.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia