Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

IKRAM Sibu Bersama Masyarakat Kampung Penipah

Program_Kem_Aulad_Bestari_di_Kampung_Penipah.jpg

Wanita IKRAM Sibu dengan kerjasama pasukan Klinik bergerak iMARET Sarawak dan MyCare Kawasan Sibu mengadakan program bersama masyarakat bertempat di Penipah, Daro. Program yang berlangsung pada 24 hingga 25 Disember 2016 ini dihadiri 163 orang yang terdiri daripada pelbagai latar belakang umur, termasuk dewasa, remaja dan kanak-kanak.

Menurut penganjur, program ini diadakan untuk merapatkan ukhuwah di antara penganjur dan masyarakat kampung di samping menyampaikan beberapa mesej kesedaran berkaitan kesihatan, kemanusiaan, kanak-kanak dan gejala sosial pada masa kini. Justeru, pelbagai aktiviti diadakan bersama masyarakat di sini. Antaranya, ceramah kesedaran tentang penyakit kelamin dan seks bebas yang disampaikan oleh Dr. Siti Mariam Abu Hussain, daripada iMARET Sarawak. Ceramah Mothers Against Pornography turut diadakan bagi memberi kesedaran tentang gejala pornografi yang kian menular dalam masyarakat masa kini.

Ceramah kemanusiaan turut disampaikan oleh Ustaz Izzat Syafiq, mewakili MyCARE kawasan Sibu. Beliau dalam ceramahnya menekankan tentang isu pergolakan yang sedang berlaku di Rohingya, Aleppo dan Syria yang perlu mendapat perhatian semua. Turut diadakan, saringan kesihatan, Kem Aulad Bestari untuk kanak-kanak serta sumbangan Back2School. Melalui program Back2School ini, sumbangan bantuan persekolahan disampaikan kepada beberapa orang murid-murid yang layak dan terpilih dari Sekolah Kebangsaan Penipah.

Pertubuhan IKRAM Malaysia merupakan badan bukan kerajaan yang berpaksikan tarbiah, dakwah dan kebajikan sentiasa komited dalam menyantuni masyarakat daripada pelbagai aspek. Orang ramai dijemput untuk turut serta dalam program-program anjuran IKRAM pada masa akan datang. Selain itu, sokongan dan penglibatan masyarakat dalam melaksanakan program-program ini sangat dialu-alukan. Perkembangan dan maklumat berkenaan IKRAM Sarawak boleh diikuti di laman sesawang https://ikram.org.my/v4/negeri/sarawak.html dan fb Ikram-Sarawak.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia