Kerjasama IKRAM UNIKOP Gerakkan Usrah Mahasiswa

Kerjasama IKRAM UNIKOP Gerakkan Usrah Mahasiswa

Sebelum itu, majlis yang dimulai dengan alunan merdu bacaan ayat-ayat al-Quran oleh pelajar UNIKOP berdarah kacukan Morocco dan Melayu jam 8:00 malam ini, juga diisi dengan ucapan oleh Wakil Pelajar UNIKOP iaitu Muhammad Ameer Danish Mohd Ikram dan YDP IKRAM Daerah Batu Hj Hassan Unir. Dalam ucapannya, YDP Daerah Batu turut berkongsi visi dan misi IKRAM serta organisasi IKRAM Daerah Batu dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan melalui pelbagai agensi dan institusi dalam IKRAM. Beliau juga melahirkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana kehadiran pejabat baru IKRAM Batu yang baru beberapa hari berdekatan dengan Kolej UNIKOP disambut dengan program kerjasama ini.

Majlis ini juga turut menjemput En Muhammad Fikri Ahmad, Setiausa Agung IKRAM SISWA merangkap Ahli Parlimen Beia Malaysia untuk berkongsi resepi kejayaan beliau yang cemerlang dalam bidang akademik, kepimpinan dan aktiviti kemasyarakatan. Antara kejayaan yang dicapai oleh Fikri ialah; Tokoh Siswa 2013, Tokoh Sukarelawan Kebangsaan 3013, Pelajar Terbaik Keseluruhan Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan 2015, Pelajar Terbaik Perakaunan 2015 dan berbagai anugerah lagi.

Hadir sama dalam majlis yang bersejarah ini ialah Ketua Bahagian HEP Kolej UNIKOP, Ustaz Mat Said Mohamed Razak serta pegawai-pegawainya, Ahli Jawatankuasa Karisma, Ahli Jawatankuasa IKRAM Daerah Batu, Ahli Jawatankuasa Wanita IKRAM Daerah Batu dan beberapa orang naqib dan naqibah yang akan mengetuai kumpulan-kumpulan usrah nanti. Dianggarkan 80 orang pelajar Kolej UNIKOP bersama dalam majlis ini.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan untuk semua yang hadir. Semoga usaha ini diberkati dan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia