Karnival Kesihatan Ikram salurkan khidmat, sampaikan dakwah

Karnival Kesihatan Ikram kali kedua selepas Pekan Kerteh ini adalah sebahagian aktiviti JK Ummah dan Masyarakat Madani Ikram Kemaman yang diketuai Hj Fakhrul Anuar Zulkawi. Karnival turut dijayakan oleh IKRAM Health Terengganu, Wanita Ikram Daerah Kemaman dan Dungun dengan kerjasama pengurusan Felda Kerteh 5, JKKK Felda, Gabungan Penggerak Wanita (Felda), Masjid Felda Kerteh 5 dan Klinik Kesihatan Ketengah Jaya.

Program ini dimulakan dengan senamrobik yang diketuai oleh bekas atlet kebangsaan, Zaki Sadri dan isterinya Puan Atiqah. Program seterusnya dirasmikan oleh Timbalan YDP Ikram Terengganu, Hj Nawawi Yusof. Pemeriksaan dan rundingan kesihatan secara percuma telah dikendalikan oleh IKRAM Health Terengganu yang diketuai oleh Dr Nurul Jannah bersama Dr Nik Solehah dan pakar pemakanan, Dr Nadhirah.


Ikram juga menerima kehadiran Klinik Kesihatan Ketengah Jaya yang menyalurkan khidmat pemeriksaan kesihatan kepada pengunjung. Selain itu, gerai-gerai penerangan tentang Ikram dan Aqsa Syarif turut dibuka untuk memberikan informasi tentang aktivisme dan dakwah Ikram kepada pengunjung. Turut menyediakan gerai penerangan adalah Fight Cancer Group (FCG) Kemaman dan Malaysian Breastfeeding Peer Councelor (MBPC).


Kemuncak karnival ini adalah forum kekeluargaan yang dipengerusikan oleh Hjh Noor Ashikeen Ab Hamid, Timbalan Ketua Wanita Ikram Terengganu. Dua panelis forum dijemput iaitu Ketua Wanita Ikram Terengganu, Ustazah Khadijah Dibok dan Ustaz Mazlan Ahmad, YDP Ikram Kemaman.

Menurut Ustazah Khadijah, setiap wanita perlu memainkan peranan masing-masing dalam institusi keluarga dan masyarakat bagi melahirkan generasi yang sihat jasmani, emosi, rohani dan intelek. Beliau turut menyatakan kebimbangan terhadap rapuhnya institusi kekeluargaan pada hari ini yang menyumbang kepada permasalahan sosial yang semakin meruncing seperti pengambilan dadah, penzinaan, rempit, kes curi dan sebagainya.

“Ini berlaku kerana generasi kini tidak mempunyai role model atau contoh yang baik khususnya dalam institusi keluarga yang seharusnya menjadi madrasah tarbiah pertama”, ujarnya.

Tambahnya, ibu bapa khususnya perlu kembali kepada Al-Quran dan Sunnah, mendidik diri untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah seterusnya menjadi contoh yang terbaik untuk anak-anak. Pendidikan rabbani ini perlu diterapkan di dalam diri anak-anak sedar kecil, agar mereka memiliki imunisasi yang kuat untuk berdepan dan bergaul dengan masyarakat.

Firman Allah dalam surah At-Tahrim yang bermaksud, “Jagalah dirimu dan ahli keluargamu dari azab neraka”, memperlihatkan betapa pentingnya peranan setiap individu untuk sama-sama membimbing ahli keluarga mereka.

Dalam mengulas berhubung peranan masyarakat dalam melahirkan peribadi yang cemerlang, Ustaz Mazlan menyatakan setiap anggota masyarakat perlu  sama-sama mengembalikan budaya saling nasihat menasihati bukan sahaja di dalam ruang lingkup keluarga tetapi juga di dalam kelompok kejiranan.

“Kita sebagai jiran harus mengambil berat tentang kebajikan dan perkembangan jiran yang lain terutamanya sesama muslim, bertepatan dengan konsep persaudaran yang dianjurkan oleh Islam iaitu setiap mukmin itu adalah bersaudara”, katanya.

Tambahnya, masyarakat juga harus terbuka dan bersikap positif terhadap teguran yang diberikan oleh anggota kejiranan agar suasana hidup bermasyarakat dapat diperteguhkan. Ujarnya, para guru di sekolah pula seharusnya bukan hanya setakat menjadi ‘pengajar’ tetapi harus juga mendidik pelajar menanamkan sifat taqwa dan berakhlak mulia.

“Sifat taqwa atau takut kepada Allah dapat membendung manusia daripada melakukan dosa dan maksiat serta menjadikan setiap amalan yang dilakukan itu lebih sempurna”, tegasnya.

Ulasan yang begitu menarik dan jelas oleh para panelis serta kebijaksanaan moderator mengendalikan perbincangan ini telah menarik perhatian sekitar 100 orang pengunjung karnival. Rata-rata mereka memberikan maklumbalas yang amat memberangsangkan dan berharap Ikram dapat meneruskan program-program sebegini yang mampu menyantuni pelbagai lapisan masyarakat.

Sumber: Blog Wanita Ikram Kemaman

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia