GST: Masyarakat perlu berubah – Prof. Nazari Ismail

gst3

SKUDAI, 23 Ogos 2014 – Masyarakat seharusnya mengubah nilai pandang mereka dalam kehidupan bagi menghadapi keadaan ekonomi pada masa sekarang. Demikian ditegaskan oleh Prof. Dr. Mohd Nazari Ismail, Dekan, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya dalam satu forum di sini. Forum bertajuk “Memahami GST dan Implikasi Perlaksanaannya” itu turut membariskan Tn. Hj. Azmi Shahid, Penolong Kanan Pengarah Kastam II, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Johor. Forum yang dianjurkan Jawatankuasa Masyarakat Madani, Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) Negeri Johor itu bermatlamat untuk memberi kefahaman yang mendalam mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta kesan selepas perlaksanaannya.

Bercakap di hadapan kira-kira 80 orang hadirin, Dr Nazari menerangkan secara ringkas latar belakang di sebalik perlaksanaan cukai dalam sistem kewangan di Malaysia serta kesannya dalam kehidupan masyarakat. Beliau turut memetik kajian seorang pakar kewangan Islam, Prof Munzir Kahf dari Syria mengenai sumber-sumber pendapatan negara Islam serta beberapa syarat untuk memungut cukai dari sudut pandangan syariah. Walau bagaimanapun, beliau turut mengakui bahawa GST sebagai kaedah terbaik untuk menarik dana kepada kerajaan.

Pengenalan pelbagai jenis cukai sebenarnya tidak mampu menyelesaikan masalah ekonomi pada jangka masa panjang kerana sistem sedia ada sendiri membawa segala masalah yang ada. Adalah tidak adil untuk mengatakan GST sebagai punca kenaikan harga barangan kerana kenaikan itu ditentukan oleh banyak faktor terutamanya sistem riba itu sendiri,” ujarnya. Menurutnya lagi, IKRAM perlu mengubah nilai masyarakat seterusnya merubah sistem sedia ada supaya negara menjadi lebih aman, damai dan sejahtera. Sementara itu, Tn. Hj. Azmi pula menjelaskan dengan lengkap struktur cukai baru itu yang bakal dilaksanakan bermula April 2015. Beliau turut menolak anggapan sesetengah pihak yang mengatakan GST akan menyebabkan kenaikan harga barangan secara mendadak.

gst1

“Ramai yang mengatakan GST akan menyebabkan kenaikan harga, sebenarnya harga barangan bukan ditentukan oleh faktor cukai semata-mata. Malahan, dengan pengenalan GST, kemungkinan ada barangan yang semakin murah dan ada juga yang semakin mahal atau tidak berubah,” ujarnya. Menurutnya lagi, orang ramai yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan GSt sepatutnya lebih mengambil berat kepada penguatkuasaan Akta Anti Pencatutan 2010 bagi mengambil tindakan kepada para peniaga yang mengambil keuntungan yang tidak munasabah.”Gunakanlah hak kita sebagai pengguna, itu yang lebih utama,” tambahnya lagi. Para hadirin juga tidak melepaskan peluang untuk mengajukan persoalan kepada ahli panel berkaitan cukai tersebut serta pelbagai isu ekonomi negara.

gst4

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia