Dewan kuliah penuh sesak kerana Al-Amin

al-amin bangi

Lebih kurang 300 ibu bapa yang dijemput khas menghadiri Program Keibubapaan Sri Al-Amin ini rata-rata datang dengan harapan tinggi agar anak-anak mereka diterima menjadi warga SSAAB tahun hadapan. Betapa tidak, dikhabarkan permohonan masuk ke Tahun Satu 2011 mencecah 300 orang, sedangkan had maksimum yang mampu ditampung sekolah hanyalah sekitar 150 sahaja, iaitu cuma separuh daripada jumlah seluruh permohonan!

al-amin bangi

Oleh yang demikian, tapisan yang dibuat agak ketat. Selain anak-anak berusia enam tahun diwajibkan menduduki ujian bertulis dan temuduga, ibu bapa juga dikehendaki mengikuti sesi temu bual bersama panel pemilih. Program keibubapaan ini juga mengambil kira kehadiran ibu bapa buat menambah sedikit ‘markah’ kepada permohonan mereka. Bahkan, gurauan atau memang dilaksanakan, ibu bapa yang mengajukan soalan semasa sesi ceramah dalam program ini pun dijanjikan markah bonus buat mereka.

Penasihat SRIAAB merangkap Yang Dipertua IKRAM Kajang, Prof Dr Ir Kamal Nasharuddin Mustapha dalam ucapan perasmiannya mengungkapkan, “Saya pernah berjenaka dengan kawan-kawan, untuk memasukkan anak ke sekolah Al-Amin rupa-rupanya lebih susah daripada memasuki Universiti Oxford. Kalau ke Oxford, cuma pelajar yang perlu menjalani ujian, tetapi untuk ke Al-Amin, selain pelajar diuji dan ditemuduga, ibu bapa juga terlibat sama dalam sesi temu bual dan program keibubapaan.”

al-amin bangi

Pembentangan pertama oleh mantan Pengetua Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor, Hjh Kamaliah Nordin berjudul “Pendidikan Anak-anak Amanah yang Indah dan Bermakna” mengongsikan banyak tip dalam membesarkan anak-anak, bagaimana melayani karenah mereka dan apa sebenarnya peranan ibu bapa dan guru-guru.

‘Neraca Kemenjadian’ anak-anak adalah satu istilah yang sangat menarik. Ia adalah pengukur sejauh mana anak-anak, sesudah mereka meninggalkan Al-Amin, menjadi insan rabbani, dapat melaksanakan tugas sebagai khalifah dan terbina dalam diri mereka nilai-nilai kemanusiaan yang menyeluruh. Ia bukan neraca yang sering digunakan masyarakat umum yang lebih menitikberatkan pencapaian di bidang akademik.

Sesi bicarawara bertemakan “Ibu Bapa dan Guru Sebagai Rakan Kongsi” kendalian Prof Dr Taufiq Yap kemudiannya menampilkan ahli Dewan Perwakilan Nasional IKRAM Pusat, Ir Hj Zairulshahfuddin Zainal Abidin dan isterinya Datin Paduka Hjh Che Asmah Ibrahim yang juga Timbalan Ketua Wanita IKRAM serta Hjh Kamaliah selaku ahli jawatankuasa Pendidikan Pusat IKRAM.

Keempat-empat mereka berjaya menarik perhatian hadirin dengan perkongsian yang praktikal menurut perspektif dan pengalaman masing-masing.

Antara mesej yang diutarakan adalah perlunya hala tuju yang jelas dan permuafakatan suami isteri serta guru dalam melaksanakan tugas mendidik anak-anak. Mereka juga berkongsi panduan meraikan kepelbagaian potensi anak-anak.

al-amin bangi

al-amin bangi

Biarpun daripada ratusan ibu bapa yang hadir ini bakal ada yang ditolak permohonan mereka untuk memasuki Al-Amin, ia adalah hakikat yang perlu dihadapi dan tidak dapat dielakkan. Namun sekurang-kurangnya, tahniah buat semua ibu bapa yang memohon kerana mereka mewakili sekelompok manusia yang sedar bahawa pendidikan terbaik buat anak-anak adalah pendidikan yang holistik, yang membuatkan manusia mengabdikan diri kepada Allah dan menjadi khalifah di alam ini.

Ia juga menunjukkan rangkaian sekolah MUSLEH di bawah IKRAM terus mendapat kepercayaan masyarakat.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia