Ceramah khas “Selamatkan Syria”

Dr Hafidzi memulakan ceramah dengan membangkitkan kesedaran mengenai Syria sebagai sebahagian daripada bumi Syam bersama dengan 3 negara lagi iaitu Jordan, Lubnan dan Palestin. Turut disentuh dalam ceramah beliau ialah mengenai kebangkitan Arab yang memberi inspirasi kepada kebangkitan rakyat di Syria sejak lebih setahun yang lepas (16-17 Mac 2011).

Dr Hafidzi menyatakan bahawa Ulama Azhar memutuskan bahawa Basyar Al-Assad sudah melampaui batas dan beliau wajib dibunuh sebelum lebih ramai rakyat Syria menjadi mangsa kekejaman beliau. Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Dr Muhammad Badi’ juga dengan tegas mengatakan Basyar Assad akan dihukum oleh rakyatnya. Dr Hafidzi turut memetik kenyataan ulama tersohor Dr Yusuf Qardahwi yang berjanji bahawa rakyat Syria akan diberi kemenangan dan beliau akan bersembahyang Jumaat dan berkhutbah di Damsyik.

Pada akhir ceramah, Dr Hafidzi turut menunjukkan senarai belasan pertubuhan yang membentuk Gabungan Selamatkan Syria yang menuntut Basyar menghentikan kezaliman dan pembunuhan rakyat Syria dengan serta merta dan menuntut beliau berundur dengan serta-merta sebagai Presiden Syria. Gabungan ini juga mendesak Kerajaan Malaysia menyatakan pendirian mengutuk kezaliman Basyar dan memanggil balik Duta Malaysia di Syria.

Kutipan derma untuk membantu rakyat Syria yang berjaya diperolehi melebihi RM1,100 melalui tabung kemanusiaan Islamic Relief Malaysia (IRM). Lebih terharu, dua kanak-kanak turut tidak ketinggalan untuk menderma lebih RM75 dengan membawa tabung masing-masing ke surau sebaik sahaja ceramah selesai.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia