4hb Mei, Seremban – Sumbangan pek makanan telah diserahkan kepada Klinik Pakar Psikiatri Hospital Tuanku Jaafar Seremban, untuk para pesakit warga emas. Sebanyak 16 pek makanan yang dihulurkan merupakan sumbangan daripada Yayasan IKRAM, I-Bantu & IKRAM Seremban. Wakil IKRAM Seremban iaitu Timb Yang Di-Pertua Amir Farid Sabuddin, Pn. Khadijah Azman, AJK IKRAM Seremban & Pn Fazilah Mohd Reba, SU Kerja IKRAM NS bertemu mesra dengan wakil Klinik Psikitri, Dr Noormazita bt Mislan @ Misran dan beberapa pegawai Klinik Psikiatri yang lain. Selain serahan sumbangan, pihak IKRAM Seremban juga bertukar pandangan dengan para doktor tentang isu kesihatan mental dan penglibatan IKRAM untuk sebar luaskan kesedaran tentang kesihatan mental kepada masyarakat dengan penubuhan unit PsikoSpiritual yang dikendalikan oleh Dr Alizi Alias dan rakan-rakan.
Sebelum pulang, kami menyerahkan kurma dari pihak i-Bantu kepada Dr Noormazita. Semoga jalinan ini diteruskan lagi di masa hadapan sebagai usaha membantu isu kebajikan serta meningkatkan kesedaran serta keprihatinan masyarakat Malaysia kepada masalah penyakit mental.
Ramadan Diberkati Penyuci Diri
#IKRAMRaiRamadhan
#BinaNegaraRahmah
#IKRAMSeremban
#i-Bantu
#YayasanIkramMalaysia
#IKRAMNS