IKRAM Gesa Kembalikan Keselamatan dan Keamanan di Yaman

IKRAM bimbang dengan situasi keselamatan dan keamanan di utara Negara Yaman ekoran daripada konflik yang meletus antara kumpulan Houthi dengan kerajaan Yaman.

IKRAM mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk mengikuti perkembangan yang berlaku di Negara Yaman. Difahamkan terdapat lebih daripada 500 orang pelajar Malaysia di beberapa Universiti sekitar bandar Sana’a seperti Universiti Iman, Universiti Sains dan Teknologi, Universiti Yaman dan Darul Quran Malaysia/Yaman. Di Hadramaut, timur Sana’a, juga terdapat pelajar-pelajar Malaysia yang sedang meneruskan pelajaran mereka.

Kebanyakan mereka adalah pelajar-pelajar persendirian yang mengikuti kursus Bahasa Arab dan Pengajian Islam di pelbagai peringkat.

Masyarakat Yaman tersusun di atas ikatan kekeluargaan (kabilah) dengan jumlah penduduknya seramai 24 juta orang. 99 peratus penduduknya adalah Muslim dengan 65 peratus adalah Sunni dan bakinya adalah Syiah Zaidiyah. Sejak Revolusi Iran terdapat beberapa kelompok warga Yaman yang belajar di Iran dan pulang mengembangkan fahaman Syiah Imamiyah/Rafidah.

IKRAM merasa amat bimbang terhadap usaha-usaha mengucar-kacirkan negara-negara Arab yang sepatutnya menjadi benteng dan harapan untuk membela perjuangan Masjid al-Aqsa dan seterusnya berhadapan dengan Rejim Zionis Kerajaan Haram Israel.

IKRAM percaya fenomena serangan kumpulan Houthi terhadap Universiti Iman boleh menjadi pencetus peperangan Sunni dan Syiah sebagaimana yang berlaku di Iraq dan Syria. Namun tindakan bijak kerajaan Yaman menghantar tenteranya ke universiti tersebut dan menutup sementara universiti diharap dapat mengelakkan pertempuran yang lebih besar.

IKRAM merayu rakyat Malaysia untuk mendoakan keamanan buat Yaman dan khususnya buat para ulama dan pendakwahnya seperti Sheikh Abdul Majeed al-Zindani pengasas dan Presiden Universiti Iman dan pengarang buku terkenal “Kitab Tauhid (Diperakui oleh Fakta Sains)”.

IKRAM mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Malaysia melalui kedutaannya yang telah menempatkan sementara pelajar-pelajar Malaysia di pangsapuri yang dijangkakan selamat dan jauh dari tempat kejadian.

IKRAM berharap agar Duta Malaysia ke Yaman serta pegawai-pegawainya dapat terus memastikan keselamatan pelajar-pelajar Malaysia di sana serta memberikan kemudahan sewajarnya kepada seluruh rakyat Malaysia di Yaman.


Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia